Dilema Orang Awam Tangkap Perompak
Selalunya kita mendengar seruan demi seruan ‘rakyat mesti berikan maklumat dan kerjasam adengan pihak berkuasa’, ‘rakyat jangan berpeluk diri, berkerjasama menangkap pencuri dan perompak’, ‘rakyat perlu prihatin di antara satu sama lain’, dan bermacam-macam lagi slogan berkumandang tepi telinga kita.
Pada waktu yang sama, selain daripada pemohonan maaf Kerajaan Malaysia kepada kerajaan Indonesia kerana salah tahan dan menyeksa jurulatih sukan dari Indonesia bulan lalu.
Beberapa hari yang lalu, timbul pula desakan mohon maaf daripada kerajaan Malaysia lagi kerana RELA salah tahan isteri pegawai Dutanya yang mempunyai status Diplomat. Kerajaan Malaysia mempunyai versi cerita berbeza dengan versi Duta Indonesia di Kuala Lumpur.
Dalam percanggahan kes ini, yang pasti MESTI ada satu pihak TIDKA bercerita benar. Sebagai warga rakyat Malaysia sebagai Negara Islam Hadhari (menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Malaysia tidak pernah berstatus secular); kejadian yang mendukacitakan ini berlaku dalam Bulan Ramadhan amat menyedihkan.
Sementara kita menghayati semangat murni Hukum Islam dalam bulan puasa, nampaknya pihak berkuasa gagal menonjolkan keprihatinan sejajar dengan sifat MAAF, ZAHIT dan BATIN.
Kesedihan terhadap pihak kerajaan juga dirasai oleh anak Malaysia sendiri. Esok petang, masak tempoh 7 hari paksaan dan ugutan BPR kepada 2 orang warga Malaysia untuk mnyerahkan pemberi maklumat rakaman video melibatkan skandal pihak kehakiman.
Begitu juga, menurut laporan hari pendedahan Manikawasagan tentang prasangka kes pembunuhan seorang artis India.
Dalam kedua-dua kes ini, nampaknya pihak berkuasa lebih cenderung kepada minta ke atas pelapor, bukan pihak yang disyaki terlibat dengan unsure-unsur jenaya.
Pada saya, ini berlaku dalam bulann yang mulia ini amat sedih di mana sewajarnya semua rakyat Malaysia kongsi bersama penghayatan nilai dan semangat Ramadhan, demi keadilan, kebenaran dan membela pihak yang ditindas atau kurang diberi pembelaan. Hakikatnya mungkin berbeza dengan nilai-nilai pembelajaran kita.
Kejadian umpama ini juga berlaku di luar negara seperti Myanmar minggu lalu. Salah satu faktor pembawa masalah adalah anggota penguatkuasa tidak memakai unifom dan memperkenalkan diri ketika menjalankan tugas.
Gambar di bawah membuktikan polis rahsia Myanmar berpakaian buruk sedang menahan seorang awam di Rangoon.
Mengalih dalam negara pula, minggu lalu di Seberang Prai di mana polis rahsia berpakaian ala perompak kononnya cuba menahan penjual VCD haram. Oleh kerana pakaian dan wajahnya tidak secocok dengan pegawai penguatkuasa (yang bersandar di kereta polis); lantaran itu masyarakat awam telah berganding-bahu menahannya.
Dukacitanya, dia terus enggan menunjukkan kad kuasa/identitin; sebaliknya polis menahan orang yang tolong menahan orang yang disyaki sebagai polis.
Tidak kurang hebat juga kejadian di Klang ketika YB Teng membawa isu Intana Zakaria. Telah diambil gambar, orang yagn disyaki penyamar polis (dalam kurungan garisan merah) dan orang yang menunjukkan watak-watak ala bukan manusia.
Adakah semua ini berlarutan boleh memanfaatkan masyarakat?
Boleh menambah keyakinan masyarakat ke atas pihak berkuasa?
Bagaimana ketua penguatkuasa menangani perkara ini?
Berapa kali lagi kerajaan kita terpaksa mohon maaf dengan negara lain (mohon maaf kepada China dan Indonesia) kerana kesilapan pegawai penguatkuasa?
Apa pula pendirian Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat, Untuk Rakyat?
No comments:
Post a Comment