Kebijaksanaan Mufti Perlis
Syabas kepada Mufti Perlis kerana ketegasan menyatakan bahawa kerja kebajikan seperti menderma organ badan adalah satu amal.
Masysrakat Islam tidak perlu mempersoalkan siapa penerima sumbangan organ dari penyumbang walaupun di beragama Islam.
Beliau kata demikian untuk membidas kenyataan dan pendapat segelintar orang cuba menghasut orang Islam jangan menderma jika tidak pasti penerimanya adalah TERHAD kepada orang Islam sahaja.
Saya melihat kenyataan ini tepat pada masanya untuk mengikis pihak-pihak tertentu menangguk ikan di air keruh dan cuba salahpandu masyarakat.
Memang benar, jika kerja amal juga cuba membeza-bezakan agama seseorang, maka pasti negara dan dunia ini akan hulu-hara. Terbukti ini adalah satu contoh fikiran sempit yang hanya akan menjejaskan imej baik Islam itu sendiri jika tidak diperbetulkan.
Cuba kita bayangkan beberapa contoh berikut:
1. Adakah orang Islam sanggup melihat orang kemalangan mati kerana kehilangan darah dengan sikap jangan menderma darah?
2. Sebaliknya, menurut pandangan ekstrimis ini adakah orang Islam boleh menerima sumbangan darah pada saat-saat kecemasan? Jika tidak, sanggup biar sendiri mati?
Memang ini hanya di antara 2 contoh yang kita boleh lihat setiap hari.
Yang pasti, bantu-membantu tidak ada batasan kepercayaan tanpa mengira agama sesiapa pun.
Semoga golongan berfikiran sempit ini insaf segera, sikap mereka boleh menghancurkan keharmonian dunia ini.
No comments:
Post a Comment