Monday, October 01, 2007

Malaysian Pandai Mencuri Kredit

Saya akan berasa malu dan mengaibkan jika disoal, kenapa warga Malaysia hanya handal mencuri kredit publisiti murah?

Ini satu tindakan yang bukan menjatuhkan maruah partinya, malahan nama baik Malaysia. Dalam soal keganasan Burma / Myanmar, sudah beribu-ribu warga Malaysia bertindak membantah, berpiket, bersuara dan berarak untuk mengecam keganasan kerajaan tentera Myanmar.

Kita bukan hanya menuju kepada Myanmar sahaja, sebagai seorang yang beragama (apa agama pun) sudah pasti tidak sudi melihat kekejaman seumpama ini berlarutan; kecuali golongan yang bersikap ‘munafik politik”.

Nama baik Malaysia lantang menyuarakan keprihatinan hak asasi manusia bukan hanya terhenti takat Merampas Peluang Membaca Kenyataan pada saat-saat akhir sahaja.

Dalam menangani kejaguhan individual, kita tidak menampakkan kesanggupan golongan ini memperjuangkan hak asasi penduduk Kampung Berembang, Rimba Jaya, Rawang dan sebagainya.

Jika kumpulan ini ikhlas, wajar mereka yang berkuasa membenarkan publisiti perjuang-perjuang yang lain mendapat liputan media tempatan yang adil dan saksama.

Dalam gambar berikut, membuktikan wakil NGO lain jauh lebih giat dalam gerak-kerja untuk mengutuk kekejaman kerajaan Myanmar. Hinggalah gambar ini seolah-olah, warga Myanmar juga telah menyertai Parti Keadilan.








No comments: