Kajang – PKR & DAP Siapa Kata Benar?
Minggu lalu Ketua DAP Cawangan Kajang telah mengumumkan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor PKR telah 3 kali berjanji akan memberikan kerusi DUN Kajang kepada DAP tanpa syarat. Berita ini pasti meriangkan penyokong DAP atas kerelaan PKR amat mudah hati.
Beberapa hari kemudian telah dikeluarkan kenyataan Timbalan Ketua Bahagian Hulu Langat PKR menyatakan perbincangan kerusi antara PKR-DAP masih belum mencapai persetujuan bersama. Menurutnya, tidak benar bahawa kerusi DUN telah diserahkan kepada DAP. Sebaliknya perkara ini masih dalam rundingan tertinggi kedua-dua parti yang dijangkakan akan dirumuskan hujung bulan ini.
Akibat daripada keuda-dua kenyataan ini telah menimbulkan beberapa persoalan:
a. Adakah jurucakap DAP dan PKR ini berstatus mewakili pendirian parti masing-masing? Jika tidak, kenyataan ini tidak bernilai langsung.
b. Adakah Penyerah Kerusi memang berkuasa untuk mewakili serahan ini? Adakah ia dipersetujui dalam Jawatankuasa Perhubungan Negeri? Jika tidak, pasti akan memalukan PKR kerana ini merupakan janji Pengerusi Negeri, bukan ahli biasa. Kenapa janji ini diberikan tanpa syarat? Habis itu, siapa yang berkuasa membuat janji-janji sedemikian?
c. Kepada keuda-dua parti, kenapa boleh berlaku pertindihan kata, adakah kedua-dua mereka ada komunikasi dalam? Jika tidak ada, sejauhmanakah parti itu berjalan secara demokrasi kerana ia bukan apa-apa rahsia strategic parti pun.
d. Bagaimanakah pendirian kepimpinan tertinggi kedua-dua parti ini untuk mengelakkan sebarang salah faham samada inter atau intra parti? Tidakkah pemimpin tertinggi parti berjumpa dengan kepimpinan menengah dan bawahan? Jika tidak, Black-Box Operation seperti BN juga?
e. Sementara itu, selain daripada hanya heboh-heboh merebut kerusi di sana-sini, apakah persediaan sebenar mereka untuk menghadapi pilihanraya ke-12? Jika tidak adalah komunikasi dalaman, harapkan Durian Runtuh? Yang dibimbangkan adalah menjadi Pokok Durian Jatuh!
Keadaan ini berlaku kerana kecuaian pemimpin tertinggi atau mereka tidak berani berhadapan dengan penyokong bawahan? Adakah ini alasan yang boleh diterima masuk akal?
Tanpa mengira siapa kata benar, yang pasti gembirakan golongan Musuh Dalam Selimut PKR dan DAP. Golongan ini menyamar sebagai ahli keuda-dua parti dengan muslihat untuk berkhidmat kepada Barisan Nasional pada hakikatnya.
Dalam ertikata yang lain, musuh utama PKR dan DAP adalah orang yang berselindung di dalam menjalankan serang hendap. Sebaliknya, orang yang sudah keluar parti atau berdiri di bawah payung BN lebih GENTLEMAN nampaknya.
No comments:
Post a Comment