Wednesday, November 07, 2007

Saya Sokong Perdana Menteri 1 Hari

Saya sedikit gembira apabila Perdana Menteri merangkap President UMNO / Barisan Nasional menyeru orang-orang Melayu jangan terkongkong dengan pelbagai kebimbangan.



Walaubagaimanapun sedikit kegembiraan itu berakhir apabila "TERBACA" laporan menantunya merangkap Timbalan Ketua Pemuda UMNO mahukan polis menangkap penganjur program pada 10/11/07 semata-mata hanya untuk menghantar memorandum kepada DYMM Yang DiPertua Agong agar pilihanraya umum dijalankan dengan adil dan bersih.

Daripada laporan yang sama, Timbalan Ketua Pemuda UMNO telah mengelar penganjur program diibadatkan seperti "monyek".

Sementara menyahut persoalan wartawan, beliau mengelar diri juga pernah menempur FRU untuk mengganggu lawatan Setiausaha Negara Amerika (Rice) tahun lalu mempunyai kebenaran polis permit.

Persoalan timbul daripada kenyataannya adalah:

Sejauhmanakah kerajaan Malaysia boleh mengeluarkan polis permit untuk Ketua Pemuda UMNO menempur benteng pasukan keselamatan?

Adakah kelulusan polis permit itu melanggar etika Diplomatik Negara kerana beliau dijemput oleh kerajaan Malaysia sendiri?

Sekiranya ini adalah perkara lumrah / masuk akal, bagaimana pula nanti (contohnya) kerajaan kerajaan Amerika juga pura-pura menjemput Perdana Menteri melawat negaranya; lantaran itu memberikan permit untuk warganegaranya menempur Perdana Menteri Malaysia?


Selain daripada itu, setakat ini pihak pemerintah masih gagal membidas dimanakah kelampauan permintaan BERSIH sepertimana yang tertera di bawah. Seruan Perdana Menteri jangan takut sudah lebur?

No comments: