Demikianlah perarakan sebahagian rombongan Orang Kuning daripada Masjid Negara ke Istana menuntut keadilan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihanraya.
Mereka mengharungi pelbagai rintangan, halangan, ugutan serta sekatan jalanraya pada hari 10/11/2007. Namun demi KEBENARAN, melebihi 40,000 warganegara tekad beranikan diri menghadiri perhimpunan ini di ibu kota.
Seperti biasa, media arus perdana melaporkan 4,000 orang sahaja berhimpun; lihat sendirilah dengan gambar-gambar yang menjadi saksi; kecuali manusia itu CACAT PENGLIHATAN.
Perlu diingatkan bahawa, semua gambar dalam blog ini hanya merupakan barisan perarakan daripada Masjid Negara; dimana serentak dengan itu juga terdapat separuh lagi manusia berarak daripada Central Market / Pasar Seni.
Untuk melihat lebih jelas, sila klik gambar untuk pembesaran.
No comments:
Post a Comment