Kamu Angkat Gambar, Saya Hamtam Lu!
Pemimpin kita berulang-ulang kali mengutarakan meselamatan dan ketenteraman awam sentiasa diutamakan. Maka, mereka tidak pernah percaya kepada perhimpunan aman. Bagi mereka, setiap perhimpunan pasti akan menimbulkan masalah dan huru-hara. Lantaran itu, tekanan, ugutan dan sekatan sentiasa dikenakan untuk menghalang perancangan perhimpunan.
Dari segi psikologi, seseorang itu akan bertindak mengikut persepsi yang terpendam dalam otak masing-masing. Umpamanya, seorang penipu pasti tidak senang akan mempercayai cakapan orang lain. Ini kerana, beliau berpersepsi orang lain juga akan menipunya sepertimana dia sentiasa menipu orang lain.
Saya tidak pasti samada konsep psikologi ini sesuai guna-pakai dalam arena politik tempatan atau tidak. Berbalik kepada perhimpunan, adakah oleh kerana orang yang tidak percayakan perhimpunan aman itu sendiri tidak boleh mengawal keamanan?
Gambar di bawah: orang yang memukul wartawan dengan bangga menunjukkan laporan akhbar Sin Chew Daily bahawa yang berpakaian hitam berjalur kuning adalah beliau.
Justeru itu, maka terjadi kejadian memukul wartawan di Cheras. Amat memeranjatkan kekerasan itu berlaku di depan mata wakil rakyat Cheras itu sendiri. Ia berlaku kerana wartawan tersebut mengikuti ahli Parlimen Cheras membongkarkan salahguna dewan orangramai oleh sebuah parti pemerintah. Barnagkali kumpulan itu takut penyelewengannya terbongkar, maka mereka cuba menghalang daripada dia disiarkan dalam dada akhbar.
Dengan penjelasan ini, adakah ia boleh menjelaskan kenapa mereka selalu menyatakan setiap perhimpunan itu mengancam keselamatan, padahal orang mungkin sendiri tidak sedar sebenarnya ancaman itu datang daripadanya sendiri?
Entah adakah ini satu tindakan yang memalukan masyarakat kerana budaya menumbuk wartawan ulung-ulung kali berlaku. Adakah ia akan menjadi budaya kita selepas negara Merdeka 50 tahun? Apa pula pendirian partinya atas kemaluan ini?
No comments:
Post a Comment