Pampasan Kepada Lebuhraya
Telah dilaporkan Menteri Kerjaraya Barisan Nasional mengumumkan kerajaan perlu membayar pampasan RM65 (RM65,000,000,000.00) billion jika ingin membatalakan perjanjian konsesi. Ia bersama setiap warganegara perlu menanggung RM2,600 ringgit (pada tahap penduduk Malaysia 25 juta).
Jumlah yang ditanggung oleh setiap keluarga hanya menggandakan bilangan ahli keluarga dengan RM2,600 setiap kepala. Kira sendirilah jumlahnya.
Pada waktu yang sama juga, dilaporkan kos pembinaan jambatan ke-2 Pulau Pinang telah meningkat daripada RM3 billion kepada RM4 billion, entahlah berapa ribu juta perlu dipampaskan kemudian jika rakyat tuntut pembatalan kontrak ini?
Mungkin RM40 billion? Minta Menteri Barisan Nasional yang menjawabnya!
No comments:
Post a Comment