Wednesday, November 21, 2007

Ahli Parlimen Terlibat Pemalsuan?

Ini satu perkara yang berat kerana tuduhan ini membabitkan Ahli Perundangan Tertinggi Negara.

Untuk menjadi teladan yang baik, tidak ada sebab kenapa kerajaan boleh pandang ringan perkara ini; khasnya yang dituduh berasal daripada negeri yang dikatakan mengeluarkan ratusan ribu Kad Pengenalan kepada warga asing di bawah "Projek M".

Dalam pada itu, selain daripada penjelasan Jabatan pendaftaran Negara Suruhanjaya Pilihanraya perlu memastikan orang yang sama tidak berdaftar 2 kali sebagai pengundi.

Ada mana-mana parti politik yang sudi melakukan penyemakan samada dia mempunyai 2 kad pengenalan yang berlain telah berdaftar 2 kali, maka dia boleh mengundi 2 kali juga?

No comments: