Sunday, November 18, 2007

Pembangkang Tidak Giat Sokong Bersih?

Memang kita merasa bangga dengan kejayaan BERSIH menyempurnakan perhimpunan rakyat pada 10/11/07.




Lanjutan daripada karangan bertajuk “Penilaian Gelombang Kuning” minggu lalu, di sini masih ingin membicarakan perkara yang sama.

Had Lingkungan: saya hanya tumpukan perbincangan tertumpu kepada peranan parti politik, khasnya pembangkang. Ini bukan bermaksud mengenepikan peranan NGO; sebaliknya parti politik yang sepatutnya lebih giat kerana mereka MENGHAIRAHKAN KEMANGNAN PILIHANRAYA.

Takrifan Parti Politik: lebih menjurus kepada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sahaja. Dalam pada itu, ia lebih cenderung kepada peranan PKR kerana pilihanraya k2-12 merupakan “turning point” atau “titik-ubah” nasib parti tersebut.

Persoalan:

Program publisiti semalam di Hentian Sentral turut dipantau dan diganggu oleh pihak berkuasa. Akhbar harian melaporkan BEBERAPA PEMIMPIN BERSIH telah diganggu ketika cuba mengedarkan risalah dan balon kepada orang awam.

1. Sejauhmanakah kepimpinan parti politik pembnagkang menunjukkan kemoitmen menyokong BERSIH? Ini kerana kita hanya menampaknya beberapa orang yang sama sahaja aktif, di manakah pemimpin yang lain?

2. Sejauhmanakah penyertaan pemimpin semua peringkat parti politik. Contohnya, apakah perancangan jawatankuda Negeri dan bahagian dalam manyahut KESINAMBUNGAN aktiviti BERSIH? Adakah pemimpin negeri seperti Ketua Selangor dan wiliayah Persekutuan dan barisan exconya hadir pada 10/11/07? Mereka tidak ada alasan untuk ponteng kerana perhimpunan ini berada di tempatnya.

3. Sejauhmanakah pentadbiran parti politik menerap nilai-nilai dan konsep BERSIH dalam aktiviti parti mereka? Orang awam diminta berpakaian kuning setiap Sabtu, sebaliknya pemimpin parti sendiri tidak tonjolkan komitmen berbuat demikian!




4. Kenapa tidak Konsep Berpakaian Kuning diserapkan dalam aktiviti harian parti? Semua peringkat aktiviti parti, pemimpinnya berpakaian kuning BERSIH? Kenapa tidak? Ia merangkungi program ceramah, sidang akhbar, edaran risalah, sidang akhbar dan sebagainya? Ketua BERSIH yang disubpoena ke Bukit Aman beri keterangan juga wajar berpakaian kuning BERSIH. Ia seolah-olah menjadikannya pakaian uniform / seragam. Juga perlu ditegaskan bahawa Gelombang Kuning tidak terhad kepada Bau Bersih sahaja, sebaliknya semua jenis baju, pakaian, payung, topi, kasut, tudung dan lain-lain, selagi ia berwarna kuning akan memberikan kesan yang sama.

5. Kenapakah gabungan pembangkang atas nama BERSIH melancarkan program diperingkat setiap negeri. Ia tidak semesti mengadakan perhimpunan raksasa, tetapi lebih mengemukakan komitmen setaip peringkat untuk meningkatkan kesedaran rakyat akan kepincangan SPR dan pilihanraya di bawah Konsep Islam Hadhari. Dukacitanya, pada 10/11/07 pun, ada parti yang gagal mempamerkan kekuatan dan komitmen barisan kepimpinan parti mereka; ada pemimpin tertinggi tidak hadir terus, ada yang hadir sekijap sudah hilnagkan diri, ada yang datang Kuala Lumpur tetapi ke tempat lain, ada yang benar-benar berkorban.

6. Adalah menjadi tanggungjawab semua parti politik cuba mempelopri penebusan kawasan yang tidak mempunyai komunikasi internet dan IT. Sudah pasti, maklumat tidak dapat disampaikan berbanding dengan kawasan bandar.


Saya melihat, mana-mana parti politik yang gagal menggambleng tenaga dan network partinya dalam Gelombang Kuning adalah satu KEGAGALAN besar untuk terus berangan-angan menang besar dalam pilihanraya.

Yang sudah pasti, di antara 3 buah parti yang tersebut itu ada satu cukup gigih, satu sederhana dan satu lagi takat tumpang sahaja. Carilah jawapan ikut kebijaksanaan sendiri.

Adalah menjadi KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB Ketua Parti menangani masalah ini, selagi ramai oportunis, maka parti itu akan lebih lemah. Ia pasti lebih mencabar lagi jika GOLONGAN HIPOKRIK ini diamanahkan MENJADI CALON PILIHANRAYA. Nilailah semasak-masak bolehkah golongan ini boleh menunaikan harapan rakyat? Bolehkan golongan ini layak menjadi pemimpin parti dan bakal Wakil Rakyat? Jika golongan ini memimpin, apakah perbezaannya dengan pemerintah yang sedia ada?

Fikirlah masak-masak!!!!!

No comments: