Mengapa Baru Tampil Diri?
Isu rakaman video disyaki membabitkan SINDIKIT MERANCANG culikan kebebasan kehakiman telah berlangsung lebih kurang bulan.
Sementara Panel 3 Orang yang disifatkan sebagai sendiwara kerajaan sengaja melengah-lengahkan proses siasatan oleh pembangkang sedang heboh dibicarakan.
Selepas membaca berita ini, timbul pula beberapa persoalan yang tidak dapat tidak kita tangan dengan serius:
a. Kesudian orang yang dituduh bekerjasama dengan Suruhanjaya DiRaja, adakah ia membuktikan dia juga tidak percaya dengan Panal 3 orang? Jika bukan tidak percaya, kenapa tidak hadir diri untuk memohon Panel bantu ketengahkan keadilan bahawa itu adalah tuduhan melulu?
b. Sekiranya (a) sahih, apakah sebab-sebab ketidak-percayaan itu? Ataupun pada asalnya mereka cuba merancang sesuatu melalui Panel itu? Apakah rancangannya?
c. Seandainya jika kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya DiRaja, adakah bermakna dia/mereka akan terus berpeluk-tubuh walaupun namanya dibabitkan dengan meluas?
d. Jika (c) tidak benar, apakah tindakannya atau saluran yang akan dipilih untuk membersihkan nama orang itu daripada difitnah (jika tuduhan itu tidak sahih, maka memang tidak adil baginya menanggung tuduhan sedemikian)?
e. Selain daripada itu, andaikata Suruhanjaya DiRaja terbentuk, dia akan tampil sendiri atau masih menunggu "subpeona" untuk menghadirkan diri?
No comments:
Post a Comment