Friday, November 30, 2007

Malaysia Negara Maju?

Sejak minggu lalu, saya seperti kawan-kawan yang lain merasai kelembapan jalingan Internet yang bagaikan siput babi.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi sedang giat promosikan MYICMS886 sasarkan Malaysia menjadi negara maju termasuk bidang komunikasi dan multimedia.

Kepada sesiapa yang minat memahami ANGAN-ANGAN KERAJAAN (termasuk bakal-bakal calon pilihanraya khasnya daripada pembangkang kerana maklumat mereka banyak bergantung kepada khidmat internet), wajib bacalah blueprint ini.

Sepertimana saya tercatit dalam karangan bertajuk "Ukur Baju DiBadan Sendiri"; tepuk dada tanya selera adakah anda sudah siap sedia untuk melayakkan diri sebagai Ahli Perundangan, sedangkan ramai daripada ahli sedia ada boleh dikatakan setengah buta ilmu pengetahuan, etika dan bahasa. Apakah perbezaan anda dengan mereka yang sedia ada sentiasa mengaibkan Dewan-dewan Rakyat atau Undangan Negeri?

Dewan Negara tidak termasuk kerana ia hanya merupakan "Gua Berteduh Hujan" kepada mereka yang kalah dalam pilihanraya; lantaran itu ia seolah-olah seperti "Chop Getah" parti pemerintah sahaja.

Ironinya, adakah perkhidmatan ini sengaja dilambatkan untuk menggangu penyebaran maklumat oleh parti politik dan NGO?


Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada jalinan berikut:

No comments: