Tuesday, November 13, 2007

Penilaian “Gelombang Kuning”

Kejayaan Gelombang Kuning pada sabtu yang lalu memang tidak boleh dipertikaikan. Ia boleh dinilai dari segi:

a. bilangan peserta yang menghadiri walaupun terpaksa melalui pelbagai rintangan, halangan, cabaran, pengorbanan & keberanian.

b. peserta yang hadir dari seluruh Semenanjung Malaysia.

c. peserta melingkungi pelbagai lapisan, umur, jantina, agama dan keturunan. Dimana ia benar-benar membayangkan masyarakat majmuk Malaysia. Oleh kerana itu, ia tidak dapat tidak telah memberikan tekanan yang besar ke atas parti politik yang berasaskan perkauman.

Sungguhpun sedemikian, namun ia bukan menjadi alasan untuk melakukan penilaian. Sambil memberikan penghargaan yang tinggi kepada semua pendokong BERSIH, baik NGO atau parti politik, akan tetapi perbincangan di sini hanya tertumpu kepada 3 pertubuhan parti politik utama, iaitu PKR, PAS & DAP.

Demi memudahkan penilaian antara ketiga-tiga parti itu, beberapa dimensi utama boleh dijadikan kayu pengukur:

1. Sekiranya kepimpinan parti memandang berat akan tuntutan BERSIH, sejauhmanakah kehadiran barisan ucuk kepimpinan parti?

Adakah semua pemimpin parti pusat hadir bersama rakyat hari itu?

Adakah semua pemimpin negeri, khasnya Selangor dan Wilayah Persekutuan ada bersama rakyat?

Jika tidak, siapa yang ponteng? Sebab ponteng (contoh takut risiko)? Apakah jawatannya?

2. Sejauhmanakah kepimpinan parti telah ikhlas mobilise ahli-ahlinya turun padang bersama?

Daripada mobilisasi ini akan menjadi pengukur kekuatan sokongan rakyat, terutamanya dalam peragihan kerusi dalam pilihanraya?

3. Adakah semua pemimpin jalan bersama rakyat? Ertinya pemimpin yang berasaskan akar-umbi tidak ada sebab ‘pikul tanggungjawab bersama’?

Adakah ini satu sikap hidung tinggi atau cuba tinggikan diri?

Adakah ini satu sikap lokek pentingan diri kerana hanya minta ahli / rakyat korban kena mandi ‘Air Suci Kereta Merah’, korban masa dan wang ke tempat program dan ditimpa air hujan lebat?

4. Daripada analisa terperinci, penyertaan orang Cina dan India masih kurang memuaskan sebab tidak membayangkan keprihatinan yang seimbang. Kenapa?

Adakah ia disebabkan penerangan dan publisiti yang kurang atau kurang berkesan? Atau kerana ugutan pihak berkuasa membuahkan hasil?

Semoga setiap pentadbiran parti boleh membuat penilaian dalam sebelum Gelombang Kuning II mungkin akan dilancarkan di Bangunan Parlimen, sepertimana diumumkan oleh jawatankuasa BERSIH semalam.

No comments: