Kesabaran Rakyat Pakistan Meletup!
Mana-mana warganegara adalah manusia biasa. Setiap manusia mempunyai kesabaran yang terhad walaupun setiap orang mempunyai tahap meletup yang berbeza-beza.
Namun sedemikian, perlu disedari bahawa pencapaian tahap meletup kesabaran mana-mana manusia bagaikan "Time Bomb". Apabila tekanan seseorang itu meletup, umpamanya maka berlaku pembunuhan murid-murid sekolah di Amerika Syarikat amnya.
Dalam konteks yang lebih luas, kesabaran rakyat di Pakistan telah mencapai takat didih akibat daripada ketamakan orang-orang politik menggadai kepentingan negara. Maka, ramai peguam telah turun jalanraya cuba menegakkan keadilan sosial.
Dari satu sudut yang lain pula, sebagai seorang pemerintah yang merasai keusangan riwayat politiknya, dia akan sanggup melakukan apa jua cara untuk memanjangkan jangka hayat politiknya. Prinsip, etika, kemanusian, hak asasi, peraturan dan ajaran agama tidak wujud lagi dalam sanubarinya. Maka, berlakulah kekejaman dan penindasan secara kuku besai, sepertimana kita saksikan di Myanmar dan Pakistan baru-baru ini.
Dalam pada itu, kenapa pula kepada pemimpin yang lain mempelajari daripada sejarah?
Kenapa pula mereka tidak boleh mengundur diri jika sudah tidak disukai oleh rakyat lagi?
Kenapa pula ramai pemimpin negara masih mengamalkan "sifat kemunafikan politik" jika inginkan jangka hayat yang lebih panjang?
Adakah ini sikap manusia yang mustahil dikikis?
No comments:
Post a Comment