Ukur Baju Di Badan Sendiri
Menjelang musim pilihanraya umum, ramai ahli-ahli parti politik berebut-berut untuk menjadi calon pilihanraya dengan harapan gelaran “Yang Berhormat” menjadi milikan mereka selepas pilihanraya.
Scenario yang sama berlaku dalam Barisan Nasional mahupun pembangkang seperti PAS, PKR & DAP.
Kepada ketua-ketua parti, khasnya pembangkang sewajarnya lebih prihatin akan proses pemilihan calon. Setakat ini, agar jelas bahawa pembangkang masih bergantung kepada kelemahan-kelemahan pemerintah yang sedia ada.
Ini kerana amnya rakyat masih samar-samar tentang:
a. Apakah perubahan yang akan diketengahkan oleh pembangkang dalam pentadbiran kerajaan. Dalam ertikata lain, satu Blue Print / Manifesto Kerajaan Baru yang nyata masih belum ada.
b. Pembangkang masih lemah mempamerkan BARISAN CALON yang kuat untuk menerajui bakal kerajaan baru.
Akibat daripada 2 faktor ini, pembangkang yang sudah lemah akan terus lemah. Keadaan ini akan bertambah buruk dengan ketidaan gelombang semangat rakyat untuk mencari perubahan @ reformkan kerajaan yang sedia ada.
Kepada pemimpin parti / bakal calon yang ingin menawar diri / orang yang bersaingan sengit untuk menjadi Yang Berhormat / orang yang ingin terus menjadi Wakil Rakyat (belum ingin bersara); adakah anda memikirkan:
Sejauhmanakah seseorang / anda merupakan seorang calon yang secocok dengan tanggungjawab dan amanah menjadi Wakil Rakyat?
Pada saya, seseorang wakil rakyat yang kalibermestilah mempunyai beberapa ciri asas:
1. Mempunyai personaliti yang bagus, jujur dan sikap ketanggungjawaban amanah.
2. Mempunyai ilmu asas yang bagus. Adakah calon anda sekurang-kurangnya faham:
2.1 Sebagai ahli Perundangan, sejauhmanakah dia faham asas sistem pentadbiran negera?
2.2 Adakah dia faham asas semangat Rukunegara dan Perlembagaan?
2.3 Adakah dia faham dan tahu akan isu-isu negera (dahulu dan terkini)?
2.4 Adakah dia tahu rintihan rakyat dan harapan masyarakat?
2.5 Adakah dia tahu nyanyi NEGARAKU?
2.6 Adakah dia tahu nyanyi lagu negeri?
2.7 Adakah dia tahu nyanyi lagu Parti?
2.8 Adakah dia tahu kawasan yang ingin ditandingi? Seperti bilangan pengundi? Persempadan
kawasan? Berapa pusat mengundi? Berapa saluran mengundi setiap pusat mengundi?
2.9 Adakah dia sudah berkenalan dengan ketua dan penyokong kawasan yang ingin ditandingi? Berapa cawangan parti? Siapa ketua cawangan?
2.10 Adakah dia dia akan kekuatan dan kelemahan parti lawan? Berapa cawangan parti lawan? Jangkaan berapa ahlinya? Siapa ketuanya? Apakah kelebihan dan kelemahan ketua parti lawan?
2.11 Adakah dia sudah cuba menjalin hubungan baik dengan rakan pakatan? Sejauhmanakah dia diterima oleh rakan parti?
2.12 Adakah dia sudah turun padang memperkenalkan diri? Berapa kali sebulan?
2.13 Adakah dia memunyai silaturahim yang baik dengan persatuan sosial tempatan?
3. Penguasaan Bahasa Malaysia yang cemerlang.
3.1 Adakah anda berkeupayaan bertutur Bahasa Malaysia dengan fasir?
3.2 Adakah anda berkeupayaan berdebat dalam Bahasa Malaysia disampingi dengan ilmu lain bersertaan fakta-fakta?
3.3 Adakah anda berkeupayaan memahami laporan kerajaan?
3.4 Adakah anda berkeupayaan mengarang kertas cadangan kepada Dewan Undangan Negeri / Parlimen / Kerajaan?
3.5 Adakah anda berkeupayaan menguasai bahasa lain selain daripada bahasa rasmi untuk memudahkan komunikasi dengan rakyat?
Saya percaya ini hanya merupakan beberapa ciri-ciri dan sifat ASAS yang wajib dimiliki oleh mana-mana orang yang ingin menjadi calon dalam pilihanraya. Sebaliknya, tanpa faktor-faktor ini, parti anda akan menghasilkan ramai wakil rakyat BISU dalam DEWAN sepertimana yang sedang berlaku, khasnya Selangor.
Apa rancangan anda sebagai Ketua Parti Politik?
No comments:
Post a Comment