Dimana Semangat Musyawarah BN?
Sebelum ini Barisan Nasional selalu membanggakan diri mempunyai semangat perkongsian kuasa dan silaturahim yang baik antara gabungan komponen parti. Ditambah pula dengan dasar-dasar yang adil dan saksama menjadi kebanggaan mereka.
Minggu lalu merupakan pisang berbuah dua kali di mana tragedi seperti Kampung Berembang telah berulang di Kampung Rimba Jaya dan sekitarnya. Pihak berkuasa berjaya membinasakan perkampungan ini secara kekerasan selepas penduduk gagal dalam prosiding mahkamah.
Selain daripada proses perundangan, nampaknya tingkah-laku penguatkuasa seolah-olah membadas dendam. Akibatnya golongan yang miskin pula menanggung seksanya seperti gambar di atas.
Temuduga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menjelang Perhimpunan UMNO dua hari sebelim ini tekankan keikhlasan kerajaan membela nasib rakyat.
Tidak ketinggalan juga UMNO kekal sebagai perjuang nasib orang-orang Melayu yang masih kurang maju serta daya-saing. Kepada sesiapa yang berkesempatan melawat Kg Berembang yang hanya terletak di belakang Hospital Glen Eagle Jalan Ampang jelas menerangkan sejauhmanakah perjuang-perjuang rakyat ini bertindak. Bilakah perjuang-perjuang ini pernah melawat penduduk kampung yang masih terus terseksa ini? Apakah bantuan yang pernah dihulurkan sebelum ini? Di manakah hilang pula wakil Parlimen dan Dewan Undangan Negeri?
Serentak dengan itu pula, sebuah kuil Hindu yang terletak bersebelahan dengan Kg Rimba Jaya turut dikorbankan tanpa rundingan.
Lanjutan itu, President MIC selaku Menteri Kerjaraya Kerajaan Persekutuan turut meluahkan perasaan sedih atas tindakan kerajaan negeri Selangor. Beliau mengutuk tindakan melulu pihak berkuasa sambil memberikan amaran tidak bertolak-ansur dengan penceroboh agama Hindu.
Dua wakil MIC di Majlis Bandaraya Shah Alam turut menyuarakan ketidak-setujuan dengan tindakan Datuk Bandar Shah Alam. Begitu juga dengan 2 ahli Pesuruhjaya SUHAKAM berjanji akan mencadangkan untuk mengadakan Tribunal Siasatan Awam dalam kejadian ini.
Tidak kurang hebat juga, 4 orang peguam ditangkap hampir 24 jam ketika cuba memberikan khidmat bantuan guaman kepada penduduk kampung yang ditahan soal-siasat dalam tragedi ini.
Apa yang luar biasa adalah pengumuman President MIC untuk membatalkan semua majlis perayaan Deepavali esok hanya bertahan 10 jam. Entah kenapa notis arahan kepada semua pemimpin MIC itu ditarik balik 10 jam kemudian.
Adakah MIC akui telah membuat keputusan dan arahan yang silap kepada ahli-ahlinya? Atau terpaksa tarik balik kerana ada tekankan daripada pihak yang lebih kuat?
Kesimpulannya: Adakah beginilah "1st Class Nation" yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri kita?
No comments:
Post a Comment