Wednesday, March 07, 2007

Peruntukan Akta dan Etika Politik?

Kebalakngan ini, suasana industri web lebih heboh akibat beberapa orang dikenakan tindakan mahkamah berkaitan dengan kandung blog individual.

Keadaan lebih huru-hala pada beberapa hari lalu kerana pendedahan berita dalam internet melibatkan korupsi dan penyalah-gunaan kuasa bersangkut-paut dengan seorang Timbalan Menteri yang mengawal keselamatan dalam negeri.

Kita sebagai rakyat biasa hanya dimaklumkan bahawa siasatan akan dan sedang dijalankan.

Namu sedemikian, beberapa implekasi perbezaan pendapat sama-ada orang yang disyaki itu wajar digantung kerja sementara menuggu keputusan siasatan, kerana orang yang terlibat adalah Ketua agensi penguatkuasa dan siasatan yang akan menjalankan siasatan.

Pada hemat saya, sama-ada orang disyaki itu digantung kerja atau tidak bergantung kepada ketegasan ketua kerajaan untuk memerangi kesalahan tersebut.

Umpamanya, bekas Perdana Menteri menegaskan ketagasan beliau menentang perbuatan sek di luar tabii. Justeru itu, beliau mengambil keputusan menggantung penyandang Timbalan Perdana Menteri waktu itu, walaupun sebelum pendakwaan di mahkamah (sungguh pun ia bercanggah dengan Prinsip Tidak Bersalah Sehingga Disabitkan di Mahkamah). Malangnya keputusan itu telah mengorbankan ramai orang terseksa serta mencetuskan gelombang reformasi yang menjangkau seluruh dunia.

Dalam konteks yang sama, sekiranya kita mengambil kira asas yang serupa, adalah tidak wajar sama sekali Timbalan Menteri itu tidak digantung kerjanya. Tambahan pula, berita hari mengesahkan penahan semula 2 orang daripada 3 orang yang dibebaskan oleh Timbalan Menteri lebih mengeluhkan keadaan.

Persoalannya, sekiranya Timbalan Menteri berkuasa mutlak dalam penentuan tahanan mengikut Ordinan Darurat, kenapakah keputusan pembebasan itu dicabar oleh agensi kerajaan sendiri? Malahan kuasa itu tidak sama sekali diberikan kepada mahkamah pun dalam proses penyemakan.

Barangkali, penanhan semula itu sah kerana ada bukti yang sahih dan kukuh, adakah ini memberikan satu implikasi bahawa tuduhan dalam internet itu sah? (Saya sendiri pun tidak tahu kesahihan berita itu kerana tidak ada maklumat yang mencukupi membolehkan saya buat keputusan yang terbuka).

Tidak mengira apa juga suasana dan kebenaran, hanya ada satu jalan penyelesaian iaitu satu siasatan menyeluruh dan terbuka akan boleh menjernihkan keadaan dan fikiran rakyat agar keadilan sentiasa diketengahkan.

Memang tidak ada orang boleh menafikan kenyataan Orang Yang Bersih Tidak Perlu Risau, tetapi kenyataan Tian Chua semalam di Pejabat Perdana Menteri juga ada kebenaranya. Iaitu, Kalau Tidak Ada Penguatkuasaan, Orang Korup Pun Tidak Perlu Risau.

Sambil kita bincang-bincang kewajaran orang kena siasat digantung kerja atau tidak, saya ras adalah berpatutan kita merujuk kepada Peruntukan Akta Polis 1967 (Akta 344) kerana ia melibatkan pasukan polis serta Timbalan Menteri bertanggungjawab ke atas pasukan polis juga.

Akta Polis
Perkara 78 (1) Jika difikirkan perlu untuk kepentingan awam supaya seseorang pegawai polis berhenti menjalankan kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi jawatannya dengan serta-merta, Pihak Berkuasa Disiplin boleh menahan kerja pegawai polis itu, sementara menanti apa-apa penyiasatan pmengenai kelakuan pegawai polis itu di bawah Akta ini aau mana-mana Peraturan-Peraturan Polis yang dibuat di bawahnya atau mana-mana peraturan atau perintah yang terpakai kepada pegawai-pegawai lain yang mempunyai taraf yang sama di dalam perkhidmatan awam.

Perkara 78 (2) Kuasa-kuasa, keistimewaan-keistimewaan dan faedah-gaedah yang terletak hak pada pegawai polis yang telah di tahan kerja di bawah subseksyen (1) hendaklah digantung semasa ditahan kerja;

Dengan syarat bahawa pegawai polis itu hendaklah terus tertakluk kepada pihak berkuasa dan disiplin yang sama seolah-olah dia tidak ditahan kerja dan dia tidaklah semata-mata oleh sebab ditahan kerja terhenti menjadi pegawai polis.

Perkara 78 (3) Dalam apa-apa tempoh pegawai polis ditahan kerja yang menunggu perbiacaraan atau prosiding disiplin di mana dia disabitkan atau didapati bersalah, pegawai polis itu hendaklah menerima SEPARUH daripada gaji dan elaun-elaunnya, kecuali elaun sewa rumah hendaklah dibayar penuh. Tiada apa-apa bayaran ketukangan boleh terakru dalam apa-apa tempoh tahan kerja;

Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Disiplin boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan dibayar apa-apa kadar gaji dan elaun yang lebih tinggi sebagaimana difikirkannya patut.

Jelas daripada sini, kita dapat melihat bahawa pegawai polis di bawah kawalan Timbalan Menteri boleh digantung kerja dan hanya dibayar separuh gaji; sejauhmanakah pemimpin polis itu perlu menunjukkan satu teladan yang lebih ardin daripada orang bawahanya adalah tertakluk kepada ikhtibar ketua kerajaan itu sendiri.

Sebagai maklumat tambahan, pengantungan Timbalan Menteri adalah prisidennya sebelum ini apabila Timbalan Menteri Alam Sekitar telah digantung kerja kerana melanggar etika kerja kerajaan. Jika dibandingkan perlanggaran etika kerajaan dan korupsi melibatkan keselamatan negara, pada budi bicara saudara/i yang mana lebih berat?

Tidak ketinggalan juga kita perlu merenung peruntuk Akta komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588): Article 3 (3) Nothing in this act shall be construed as permitting the censorship of internet.

Jelas ia menyatakan bahawa setakat ini, penyebaran maklumat melalui internet adalah dilindungi Akta 588 ini sehingga pindaan dilakukan. Lantaran itu, sebarang cadangan untuk mengawal maklumat internet dan blog, saya rasa adalah satu percanggahan besar di mana pindaan diperlukan sebelum penguatkuasaan.

Saya mengharapkan komen daripada pakar perundangan untuk membetulkan kenyataan saya sekiranya adalah yang perlu dibetulkan.

No comments: