Saturday, March 10, 2007

Kita Membazir Gaji Ramli Selama 6 Tahun?

Merujuk kepada beberapa isu yang panas, saya terbaca pengakuan En. Ramli Manan bahawa beliau telah mengambil gaji buta selama 6 tahun dengan $8,000.00 sebulan.

Kalau kita kira kembali:
$8,000 X 12 bulan = $96,000
Bonus 1 bulan = $ 8,000
Gaji Setahun $104,000
X 6 tahun
Jumlah Gaji buta $624,000

Daripada kira kasar, orang yang bertanggungjawab telah sengaja membazir Wang Rakyat lebih $600,000.00 untuk gaji asas, ia tidak termasuk perbelanjaan lain seperti kos perubatan dan sebagainya.

Menurut kenyataan Ramli, pembekuan kerjanya saya disengajakan demi menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu kerana pembaziran gaji Ramli adalah wang rakyat.

Adakah orang bertanggungjawab itu akan buat keputusan yang sama sekiranya gaji Ramli dibayar oleh wang sakunya sendiri? Jawapannya ????????

Walaupun sedemikian, apa yang lebih saya membimbangkan adalah dalam Badan Pencegahan Rasuah sendiri ada berapa ramai lagi pegawai yang dipaksa mengambil gaji buta?

Apakah keadaan di jabatan-jabatan kerajaan yang lain, berapa banyak wang rakyat juga dibazirkan sedemikian?

Siapakah yang harus bertanggungjawab? Bagaimanakah kita boleh audit agar ia tidak menjadi lebih teruk lagi?


Adakah ini teladan yang mesti dibendung? Adakah ini satu contoh 'Pagar Makan Padi' kerana BPR patutnya dicontohi sebagai pengelak pembaziran dan korupsi.

No comments: