Wednesday, March 14, 2007

Khairy dakwa PAS mula pindah pengundi di K'tan!!!???
(Laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/64477)

Inilah amat terperanjat sambil gembira dan sedih membaca kenyataan daripada ahli keluarga Perdana Menteri Malaysia sekarang merangkap Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

1. Sekiranya kenyataan beliau benar, apakah cadangan tindakan yang patut dikenakan ke atas SPR?

2. Sekiranya kenyataan ini sahih, ertinya beliau setuju dengan pendapat pembangkang bahawa SPR khasnya Pengerusi wajib bertanggungjawab penuh ke atas sebarang penyelewengan; maka Pengerusi harus ditamatkan perkhimatannya serta-merta?

3. Sekiranya kenystaan ini sah, adakah beliau akui bahawa kelembapan SPR seperti melanjutkan waktu mengundi daripada pukul 5 petang ke pukul 7 petang tanpa pengumumkan awal dan pengubalan peraturan pilihanraya itu satu pencabulan hak dan kesaksamaan dalam mengendalikan pilihanraya umum?

4. Sekiranya kenyataan ini betul, adakah beliau akui dia adalah orang yang paling lambat mengesan kelembapan SPR kerana sudah ada banyak pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik lain berhempas-pulas mengadu kelembapan dan penyelewengan SPR jauh lebih awal lagi? Dukacitanya tidak ada tindakan positif dilakukan.

5. Sekiranya kenyataan kukuh berbukti, adakah beliau sudi berkerja-sama dengan sesiapa yang ikhlas inginkan SPR bertindak adil dan profesional demi membuat satu pembaharuan yang raksasa?

6. Sekiranya kenyataan ini berasas, adakah beliau setuju untuk menyiasat semua laporan yang telah dibuat oleh mana-mana rakyat dan mengumumkan hasil siasatannya seperti kewujudan undi hantu dan sebagainya?

7. Sekiranya kenyataan ini membayangkan kejadian benar, adakah beliau sangut mengakui bahawa perpindahan pengundi yang menghulu-harakan keadaan pilihanraya di Selangor pada 2004 mengaibkan dalam sejarah Malaysia dan kemenangan BN juga wajib diragui?

8 Sekiranya kenyataan ini membawa ketidak-adilan pilihanraya, adakah beliau akui bahawa penggunaan senarai pengundi yang berbeza pada hari mengundi banding dengan senarai dibekalkan pada hari pencalonan berunur curang?

9. Adakah persoalan yang sama akan didedahkan sekiranya perpindahan pengundi bukan dilakukan oleh pihak pembangkang? Ini hanya satu andaian kerana tuduhan sebegi oleh pihak pemerintah amat janggal sekali dan kami belum sempat melihat bukti yang kukuh selain daripada kenyataan. Sebaliknya pihak pembangkang telah puluhan kali membukti dengan nama, alamat, no Kad Pengenalan, Kawasan Pengundi / Saluran, ayat Azmin Ali yang meninggal banyak tahun balik mengundi dan sebagainya; namun bagaikan "batu jatuh dalam lubuk", adakah kerana tindakan ini memihak kepada orang tertentu?

Saya rasa biar kita sama-sama bertungkus-lumus untuk memastikan sistem pilihanraya umum adalah adil dan bersih tanpa meihak kepada parti pemerintah mahupun pembangkang. Kenapa tidak setuju? Kenapa anda berbeza pendapat sekiranya ada, mai kita bincang dan debat!

No comments: