Wednesday, March 14, 2007

Kegagalan Kerajaan Menyelesaikan Masalah Perkahwinan

Terlebih dahulu, saya perlu menjelaskan di sini bahawa saya bukan seorang pakar dalam perundangan. Akan tetapi lebih melihat sebagai seorang wargenegara dari sedut keadilan sosial semata-mata tanpa meragui kedudukan mana-mana pihak.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan semalam bahawa:

http://www.malaysiakini.com/news/64476
Suami peluk Islam boleh Ke Mahkamah Syariah bubar perkahwinan
Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan Mahkamah Sivil tidak boleh menghalang suami yang telah memeluk agama Islam daripada pergi ke Mahkamah Syariah untuk membubarkan perkahwinannya dan mendapatkan hak penjagaan anaknya.

Sungguhpun perbincangan tentang penentuan kepercayaan seseorang itu sudah panas dibincangkan sejak 2 tahun kebelakangan ini, namun nampakny kerajaan lembab untuk menangani kesusahan dan penderitaan pihak yang terlibat.

Masalah perkahwinan yang didaftarkan mengikut Akta Undang-undang Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, apabila ada satu pihak memeluk Islam, maka satu pihak lagi kehilangan hak asasnya di mana pendaftaran sebelum ini bagaikan kertas kosong sahaja. Ia termasuklah perkara 50 yang kurang jelas akan tanggungjawab seseorang ketika ingin menamatkan perkahwinan sebelum ini. Oleh kerana itu, mereka seolah-olahnya terpaksa merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk menuntut hak masing-masing.

Perkara yang merunsingkan di sini termasuklah:

1. Perkahwinan asal mereka bukan berdaftar mengikut Undang-undang Syariah. Ia seolah-olah perjanjian membeli rumah teres, tetapi kemudian pemaju berikan apartment. Ertinya seseorang itu boleh mengambil kesempatan untuk mengelakkan daripada tanggungjawab undang-undang dan sosial dengan mengeksploitasikan kelemahan ini apabila timbul perselisihan lepas janji. Oleh kerana itu, mungkin ada pihak sengaja menggunakan saluran ini untuk melepaskan diri daripada melaksanakan tanggungjawab atas perkahwinan sebelum ini.

2. Pada pengetahuan umum, Mahkamah Syariah hanya menguruskan perkara orang Islam.

3. Dalam keadaan ini, ada satu pihak kehilangan hak asas langsung di mana sebalik sahaja pemelukan itu berlaku. Lantaran itu, masalah nafkah, hak penjagaan anak dan sebagai tidak dapat diselesaikan dengan kepuasan kedua-dua pihak dan adil.

Saya kurang pasti pendirian pihak kerajaan kenapa sengaja melengah-lengahkan perkara ini. Kenang kembali apa yang sempat saya belajar daripada buku "Ikhtisah Perkembangan Sejarah Islam" yang dikarang oleh Ahmad Duzuki selaku bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan; di antaranya menurut Surah Al-Baqarah ayat 256 bermaksud "Tiada paksaan dalam Islam". Oleh kerana itu, adalah perlu bincang kembali samada kekeliruan ini perlu diselesaikan segera?

Bagaimana pula hujah anda? Mai, sama-sama bincang untuk mencari keadilan untuk semua.

No comments: