Apa Kata Bekas IGP dan Ketua Pengarah BPR
Hari ini kita berkesempatan membaca kenyataan dua tokoh bekas Pegawai Tertinggi Kerajaan. Mereka masing-masing telah menyuarakan kebimbangan mereka.
Di antara yang keraguannya termasuklah:
1. Kenapa pihak berkuasa Polis tidak mengambil tindakan menyiasat sebaik sahaja menerima laporan daripada bekas Pengarah BPR Negeri Sabah?
2. Kemungkinan besar orang ramai segan membuat laporan rasuah kerana badan yang menjalankan tugas penguatkuasaan juga tidak dinampakan bersih. Lanjutan daripada itu, masyarakat kurang yakin dengan badan itu.
3. Oleh kerana pemberi maklumat tidak diberikan maklumbalas perkembangan siasatan, maka orang ramai lembat dan kurang yakin siasatan dijalankan walaupun bercita-cita tinggi untuk menyahut seruan anti-rasuah.
Persoalan di sini saya ingin sampaikan kepada saudara/i budiman adalah: adakah anda setuju dengan pendapat dan kesimpulan ini? Kenapa setuju? Kenapa tidak setuju?
Soalan lanjut yang sudah lama berapong-apong dalam fikiran orang awam termasuklah:
1. Jikalau laporan seorang pegawai Pengarah BPR negeri juga tidak membuahkan hasil, sejauhmanakah laporan kita sebagai rakyat yang biasa itu dipandang berat?
2. Dalam suasana begini, berapa banyak lagi laporan yang melibatkan orang berpangkat tinggi ditutup walaupun banyak laporan dilakukan? Kenapa keadaan ini berlaku walaupun kita berlaung-laung sekampung bahawa rasuah itu adalah HARAM dari segi nilai masyarakat, etika dan agama.
3. Dalam keadaan sebegini, kenapakah pihak berkuasa tidak ingin / enggan memberikan maklumbalas kepada pelapor?
4. Sejauhmanakah komen kedua-dua tokoh ini akan diambil berat dan membuahkan perubahan yang besar kepada kepentingan negara?
5. Kesimpulannya: adakah anda setuju kerajaan sudah berikhtiar tinggi sambil bertungkus-lumus membanteras rasuah?
Kasi lah pendapat hang! Mai, kita bincang-bincang tengok.
No comments:
Post a Comment