Sunday, March 04, 2007

Majlis Perayaan Menyambut Tahun Baru Cina

Saya berkesempatan tumpang menghadiri Majlis Perayaan Menyambaut Tahun Baru Cina anjuran Parti keadilan Rakyat pada 03-03-07 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur.

Di antara penyaksian saya adalah satu majlis yang mesra dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat dari semua keturunan warga Malaysia. Barangkali oleh kerana kesumpitan kewangan makanan yang ringkas disediakan oleh penganjur amat laris.

Walau bagaimana makanan adalah juah kurang dibandingkan dengan kehadiran, apa yang saya hairan adalah hampir semua hadiran-hadirin duduk dan menyaksikan persembahan pelbagai budaya dengan hati yang tabah. Ini bererti, kehadiran warga kota bukan untuk mengharapkan makanan seperti anjuran parti yang lain.

Melayu, Cina, India dan sebagainya saling bersalaman, bergaul dengan mesra dalam suasana yang harmoni. Tidak ada tuduh-menuduh, prasangka, dendam, dengki, lambangan pisau dan maki-hamun sama sekali. Saya merasakan keharmonian begini lah harus kita pupukan sekiranya kita ikhlas untuk membina sebuah negara Malaysia yang tulin. Tidak ada hadiran-hadirin yang merasakan mereka adalah ROJAK sepertimana dibantah oleh seorang Menteri Besar pemerintah semasa perhimpunan UMNO lalu.

Adakah anda setuju bahawa Bangsa Malaysia adalah ROJAK? Gambar-gambar berikut sempat diambil bagi membuktikan kenyataan saya.

















No comments: