Kanapa BPR Tidak Kerjasama Dengan Gerak?
Memandangkan BPR dan Gerak mempunyai matlamat yang sama iaitu membena sebuah negara yang bersih daripada najis korupsi dan rasuah, saya ingin menyeru agar kedua-dua badan ini dapat berganding-bahu menggembleng tenaga memandu negara kita ke arah yang lebih sihat.
Pada hemat saya, sekiranya kerajaan ikhlas memerangi rasuah, patutlah kerjasama ini digalakkan tanpa mengira latar belakang, pemikiran politik sesiapa pun.
Ini adalah penting kerana rasuah dan kesannya tidak memilih latar belakang politik, pemikiran dan kefahaman politik demi manfaat negara pada keseluruhannya. Yang pasti hak golongan miskin tidak akan terpelihara, begitu juga masyarakat yang tidak berkuasa politik akan ditindas tanpa pembelaan yang sewajarnya.
Adalah mustahak mereka bersama-sama memastikan semua janji pemimpin politik dikotakan serta-merta dan kegiatan-kegiatan gambar berikut dibanteras dalam negara kita.
No comments:
Post a Comment