Thursday, March 15, 2007

Alamak Kewarganegaraan Diperdagangkan?

Petikan berita daripada http://www.malaysiakini.com/news/64549
Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash) akan meneruskan usahanya untuk menghalang pihak berkuasa daripada mengeluarkan kad pengenalan kepada rakyat asing melalui ‘pintu belakang’, kata Presidennya, Datuk Patrick Sindhu.


Dengan merujuk kepada berita di atas, alamak!!!! Beberapa minggu yang lalu kita sudah digempar-gempurkan dengan berita tuduhan orang Menteri membebaskan penjenayah melalui bayaran tertentu. Walaupun isu ini masih belum ada kata putus (dalam siasatan, menurut kerajaan); tetapi bekas Perdana Menteri kita sudah membuat kenyataan bahawa mereka yang terlibat adalah bersih sepenuhnya.

Di sini ada beberapa kemungkinan / andaian:

a. Bekas PM sudah mempunyai bukti yang kukuh bahawa isu ini hanya satu tuduhan melulu.

b. Bekas PM sudah mendapat kertas siasatan terbaru menunjukan tidak ada bukti yang prima facie.

c. Bekas PM sudah menjangkakan kes ini akan tertutup begitu sahaja atas alasan mereka bersih.

d. Orang berkenaan sudah bersumpah kepada bekas PM dan beliau mempercayainya.

Sementara kita sibuk dengan isu-isu ini, kini kita bertambah pening pula ada tuduhan bahawa kewarganegaraan juga. Sekiranya tuduhan ini benar, adakah kita boleh terima bawahan kewarganegaraan telah diperdagangankan untuk menjaga kepentingan politik sesetengah orang.


Sewajarnya, ini satu isu yang serious kerajaan perlu bertindakan secara pro-aktif untk menyiasat kesahihan tuduhan ini tanpa membebankan rakyat Sabah membazir wang dan masa membawa perkara ini ke mahkamah.


Adakah anda tahu kenapa perkara besar seumpama ini beloh berlaku? Ada sesiapa yang boleh tolong memberikan sedikit penjelasan?

No comments: