Tuesday, March 20, 2007

Kenapa 9 ADUN Membisu di DUN Selangor

Saya teramat hairan apabila membaca pendedahan ADUN Sekinchan YB Ng ketika membahas dalam Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

Menurut YB Ng, di antara 9 Yng Berhormat itu, 5 orang adalah daripada UMNO, 3 orang daripada MCA dan 1 orang daripada MIC. Di sini, saya pasti ramai orang ingin tahu siapakah 9 Ahli Dewan Undangan Negeri itu? Mereka mewakili rakyat kawasan mana?

Saya tertanya-tanya kenapa mereka membisu? Mungkin ada Yang Berhormat akan membela diri bahawa sungguh pun mereka tidak kemukakan sebarang persoalan daripada masyarakat / rakyat; namun mereka tidak pernah berhenti berkhidmat untuk masyarakat. Tanpa mengira apakah hujah mereka 9 Yang Berhormat ini, sewajarnya rakyat berhak menyoal dan menganalisa sebab-sebab utama mereka cuba membisu dalam Dewan.

Berikut adalah beberapa andaian sebab-sebab mereka sementara kita menunggu penjelasan Yang Berhormat yang terlibat itu:

1. Mereka membisu kerana kerajaan Selangor telah SEMPURNA, tidak sedikit pun persoalan yang harus ditimbulkan lagi?

2. Mereka membisu kerana mereka tidak tahu apa yang yang sepatutnya dibawa ke Dewan?

3. Mereka membisu kerana tidak terima sebarang permintaan daripada rakyat kawasan mereka wakili?

4. Mereka membisu mungkin ada Yang Berhormat yang kurang fasil Bahasa Malaysia, lantaran itu tidak yakin untuk membawa persoalan ke Dewan?

5. Mereka membisu kerajaan kerjaan negeri tidak menggalakkan persoalan dalam Dewan; lalu mereka patuhi kehendak ini?

6. Mereka membisu kerana parti mereka tidak menggalakkan persoalan dalam Dewan?

7. Mereka membisu kerana mereka tidak tahu mereka berhak membawa suara rakyat kepada kerajaan negeri?

8. Mereka membisu kerana mereka tidak faham akan Peraturan Mesyuarat Dewan agar tidak silap tanya lalu dilarang menghadiri mesyuarat seperti YB Teng?

9. Mereka membisu semua masalah rakyat telah diselesaikan di luar Dewan?

10. Mereka membisu kerana tidak tahu masalah sedang rakyat hadapi?

11. Mereka membisu kerana mereka tidak fasil berucap di hadapan khalayak orang ramai?

12. Mereka membisu kerana ‘Wakil Whip’ parti tidak minta mereka menyoal?

13. Mereka membisu kerana takut dibenci oleh kerajaan negeri?

14. Mereka membisu kerana sudah lali dengan rayuan lama tidak akan membuatkan hasil?

15. Mereka membisu kerana mereka tahu dalam Dewan tidak ada orang yang sudi mendengar dan mengambil berat permasalahan mereka?

16. Mereka membisu kerana ingin memberikan satu gambaran yang baik terhadap kerajaan negeri?

17. Mereka membisu kerana mereka yakin akan terus menang dalam pilihanraya walaupun mereka membisu?

18. Mereka membisu kerana mereka tahu masa persidangan yang amat singkat di mana pada kebiasaannya Dewan hanya bersidang 1 hari bagi setiap penggal?

19. Mereka membisu kerana inginkan Dewan cepat habis bersidang?

20. Mereka membisu kerana takut gilirannya, beliau tidak ada dalam Dewan (ada hasrat nak ponteng)?

21. Mereka membisu kerana kerajaan menggunakan duit rakyat, tidak perlu peduli apa pun kerajaan negeri lakukan?

22. Mereka membisu kerana mereka tahu ‘Kata Benar Itu Pahit’, cuba elakkan permusuhan?

23. Mereka membisu kerana ……………….. saya pun tak tau.

Ini semua hanyalah angan-angan, bukan untuk fitnah; sebaliknya kami mengharapkan ada orang yang boleh memberikan kita satu jawapan yang sebenarnya.

No comments: