S/U Parlimen Kementerian Luar Negeri
Saya mendapat sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan YB Kemaman selaku Setiausaha Parlimen Kementerian Luar. Sila memperbetulkan maklumat ini sekiranya ada perbezaan yang nyata.
Saya tertarik dengan kenyataan YB Kemaman semasa mengucap di sesi soal jawab Dewan Rakyat dua hari yag lalu.
Menurut YB, beliau mempertahankan kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri sambil menangkis perbandingan Kem Tahanan Kamunting dengan Penjara Guantanamo. YB menegaskan Kamunting berbeza kerana:
1. Beliau tidak mendengar ada pihak yang membantah atau mohon memansuhkan ISA.
2. Kejadian seperti di Guantanamo seperti membuang kitab suci ke dalam basin tandas tidak berlaku.
Nampaknya YB telah terkena penyakit berjangkit sepertimana berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor di mana 9 wakil rakyat pilih untuk membisu atas sebab-sebab yang kita tidak ketahui sehingga hari ini.
Dalam konteks ini, Ahli Dewan Rakyat juga mempunyai sindrom yang serupa kerana mereka tidak pernah terdengar ada bantahan rakyat atas ISA. Kalau benar Menteri tidak sedar, maksudnya lebih 200 wakil rakyat Dewan Negeri dan Dewan Negara juga pilih untuk membisu membawa suara hati rakyat untuk makluman Menteri.
Serentak waktu yang sama, saya dimaklumkan bahawa YB Kemaman ketika pulang daripada Kursus Sarjana di luar negara pada tahun 1988; YB pernah berkhidmat sebagai seorang Pensyarah Kertas Sains Politik di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.
Syarahan yang disampaikan oleh YB Kemaman (ketika itu sebagai pensyarah belum jadi YB) di Dewan Kuliah A & B untuk mahasiswa, dengan nada sindiran YB sentiasa mengejek kewujudan AUKU (Akta Univerisiti dan Kolej Universiti) serta ISA. Menurut YB, akta-akta umpama ini mengongkong kebebasan mahasiswa bersuara dan menyekat pemikiran mereka.
Kemudian, YB telah menyertai parti Semangat 46 serta mewakili 46 bertanding di kawasan Terengganu, tetapi belum menang. Gelombang politik berubah, pendirian orang politik sentiasa terhakis melalui aliran masa; takdir YB telah diamanahkan jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan pusat.
Entah bagaimana pandangan YB sudah terbalik dengan pendirian sebelum ini. Keadaan ini serupa dengan seorang Menteri Kabinet sekarang dalam tesis Kedoktoran (PhD) mengutuk ISA, sekarang beliau menjelaskan yang itu hanya kajian ilmiah yang tidak praktikal.
Pada pendapat anda, kenapakah dan apakah factor-faktor yang menyebabkan pendirian orang politik selalunya kurang konsisten? Adakah kerana:
1. Oleh kerana aliran dan pembangunan negara membawa negara undur kebelakang memerlukan akta bersifat menekan?
2. Oleh kerana jawatan yang disandang, orang politik terpaksa menyebut apa yang dikehendaki oleh ketuanya walaupun ia bercanggah dengan prinsip sendiri?
3. Oleh kerana orang politik perlu berbuat demikian demi mengukuhkan takhtanya?
4. Oleh kerana parti tidak membenarkan orang bawahan kata benar?
5. Oleh kerana peningkatan usia, orang politik sudah lupa pendirian sebelum ini?
6. Oleh kerana untuk menjaga jawatan disandang?
7. Oleh kerana orang politik tahu mereka kata benar pun tidak guna?
8. Oleh kerana orang politik akan membawa musuh kalau kata benar?
9. Oleh kerana orang politik yakin / pasti rakyat kurang cerdik dan pendek ingat, senang lupa janji awal?
10. Oleh kerana orang politik anggap prinsip manusia tidak penting / bernilai?
11. Oleh kerana orang politik tahu kata benar akan membawa keuntungan kepada pihak lawan?
12. Oleh kerana orang politik memang begini?
13. Kenapa? Bagi tahu sebab sebenar...........
No comments:
Post a Comment