Kamu Pergi Jahanam!
Sekiranya saya menjadi Menteri dan ada orang yang sentiasa suka mencabar saya, pada hemat saya jalan menyelesaiannya mudah sahaja.
Cara yang saya akan guna pakai adalah 'saya akan bertekad membuktikan apa yang disebutkan oleh pihak lawan itu tidak benar'. Umpamanya kalau dia kata kereta saya berharga $1 juta, maka saya akan minta juru nilai berwibawa dan diikhtiraf antarabangsa untuk membuat penilaian. Sekiranya kereta itu hanya bernilai $100,000 dengan bukti sahih, lambat-laun apa yang disebut oleh pihak lawan itu orang tidak akan percaya lagi.
Konsep ini adalah serupa dengan cerita budak-budak 'Kambing dan Serigala'. Ringkasan cerita ini adalah ada seekor kambing selalu membohong kawan-kawannya bahawa serigala sudah datang. Sesudah banyak kali tertipu, pada suatu hari memang benar serigala datang untuk memakan kambing. Dukacitanya, sebutan kambing itu tidak dipercayai lagi. Akibatnya kambing itu dibaham oleh serigala.
Oleh itu, sekiranya saya seorang pemimpin politik tidak takut kerana salah selepas dicabar, saya akan buktikan kepada masyarakat pihak lawan itu adalah kambing bohong seperti dalam cerita di atas.
Sebaliknya, jikalau saya terkecut selepas dicabar dengan mengeluarkan kata-kata kurang yakin, pastinya masyarakat akan percayakan orang lawan saya 100% kerana saya GAGAL MEMBUKTIKAN PIHAK LAWAN ITU SELALU TIDAK CAKAP BENAR.
Apa pendapat saudar/i dalam cerita ini?
No comments:
Post a Comment