Wednesday, February 28, 2007

Pemilihan Pemimpin Parti Keadilan Rakyat

Semenjak beberapa minggu yang lalu, Parti Keadilan telah mulai merasakan gelombang pemilihan pemimpin parti yang akan berlangsung hujung Mei di Seremban.

Di anatara jawatan panas yang sedang diheboh-hebohkan termasulkah:

President Parti
Sunggupun beberapa nama telah ditimbulkan termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah dan Rahman Othman.

Jangkaan saya: orang lain tidak berkemampuan untuk menanding jawatan President selain daripada Dato Seri atau Datin Seri bergantung kepada kelayakan menyandang jawatan parti sebelum April 2007. Calon-calon lain akan memberikan lalu dan menarik diri kerana peluang untuk menang amat-amat ipis pun.


Timbalan President
Pemimpin yang telah memperolehi pencalonan termasuklah Dr. Syed Husin Ali, Azmin Ali, Tian Chua dan Ezam Mohd Nor.

Jangkaan saya: Sedia maklum bahawa Ezam telah mengumumkan pengunduran daripada memegang sebarang jawatan dalam barisan kepimpinan, maka beliau tidak akan menerima pencalonan ini.

Kemungkinan besar ia akan ada pertandingan 3 penjuru di antara Dr. Syed Husin Ali, Azmin dan Tian Chua. Ini kerana kemungkinan besar Dr. Lee Boon Chye tidak akan mempertahankan jawatan sandangan beliau sekarang sebagai Naib President.

No comments: