


Sekiranya persoalan "mereka mencederakan diri untuk merosakan nama baik kerajaan Iraq" itu dilontarkan kepada Jawatankuasa ini, bagaimana kita boleh membuktikan tuduhan orang tahanan ini berbukti?
Saudara/i ada sebarang cadangan yang baik agar kita jangan tepuk air kena muka sendiri kerana dituduh balik mencampuri hal-ehwal keselamatan dalam negeri Iraq sepertimana kerajaan kita mempetahankan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?
Petikan berita daripada http://www.malaysiakini.com/news/63071
Kisah ngeri tahanan Abu Gharib diseksa tentera Amerika
Dikenali sebagai ‘lelaki bertutup kepala’ dari penjara Abu Ghraib, Ali Shalal membuat para hadirin terpaku mendengar pengalaman ngerinya ketika diseksa dengan kejam sewaktu dalam tahanan tentera Amerika di Iraq.
2 comments:
Betul tu Tan, kita jangan jadi seperti kuman di seberang nampak, gajah di depan mata kita tak nampak.
Memang tidak salah kalau bantu orang daif kena buli, tetapi penyakit depa tu adalah:
Gajah depan mata diri tak nampak,
Lalat seberang laut dia nak sepak;
Orang sendiri kena pukul dan sepak,
Keluhan rakyat dia buat bisu dan pekak.
Oleh kerana itu, satu pantun Melayu amat saya ingati:
Nang bo tie nang,
Kui bo tie kui;
Tendang pun tendang,
Pukul pun pukul.
Post a Comment