Friday, February 02, 2007

Apa Terjadi Dengan Sistem Perundangan Kita?

Beberapa hari ini, saya gusar dan keliru ketika membace kenyataan Menteri Kerjaraya dalam usahanya bersungguh-sungguh sebagai seorang warganegara Malaysia. Di antara kenyataan Yang Berhormat Menteri ialah:

Samy: They must pay for disclosing secret toll deal (malaysiakini)

“They take it, they exhibit it and they did a big drama with it [...] without realising the consequences of it,” the minister said.

He reiterated that those who revealed the documents must be brought to justice.

“This is an agreement between the government and the concession company. And that has all been done with the requirements of the law.

“It is part of a government document which cannot be revealed. And they have revealed it and they will pay for it,” he stressed.

Jika kenyataan beliau dibandingkan dengan petikan saya pada 10 Nov 2006 yang bertajuk Pengenalan Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) – Perkara 17 seperti dibawah:


Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)

Seksyen 17 Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan.

(1) Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(2) Mana-mana orang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana oran gyang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh usapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percuabaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan prihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Selepas membandingkan kenyataan Menteri dan kefahaman saya ke atas Akta Pencegahan Rasuah 1997, justeru itu timbul beberapa persoalan:

(1) Dengan tanpa mengesyaki kewujudan Akta Rasiah Rasmi (OSA), sekiranya ada pertembungan peruntukan, yang mana satu akan diguna pakai? Ini kerana Akta Pencegahan Rasuah telah MEWAJIBKAN mana-mana pegawai yang mengetahui kejadian rasuah kepada BPR. Adalah satu kesalahan jika mana-mana pegawai dibuktikan diberbuat demikian. Kalau dilihat dari sudut Akta Pencegahan, mereka yang mendedahkan unsure-unsur rasuah sepatutnya diberikan ganjaran atau sekurang-kurangnya galakan sekiranya kerajaan bersikap tegas dan jujur dalam usaha memerangi rasuah yang keji baik dari segi perundangan mahupun ajaran agama masing-masing.

Sementara itu, ada pula satu pihak menyatakan dokumen yang dituduh bersifat kurang bersih itu adalah Rasiah Rasmi, maka segala penyelewengan akan tertutup secara automatic.

Persoalan asas kita adalah: bagaimanakah rakyat jelata yang berhasrat untuk melaporkan mana-mana rasuah itu tidak menyentuh Akta Rasiah Rasmi pada ketika yang sama?

(2) Saya tidak tahu samada kontrak yang disifatkan oleh Menteri itu bercap Rasiah Rasmi? Sekiranya tidak ada cap dan secara tiba-tiba mana-mana Menteri boleh katakana itu Rasiah Rasmi, maka kita akan boleh dipenjarakan minima 1 tahun atau maksima 7 tahun. Bagaimanakah kita tahu mana satu dokumen akan Menteri back-date (retrospective)? Kalau begini, kita semua perlu membuang segala kertas yang ada logo kerajaan harimau agar tidak langgar undang-undang bila-bila masa.

(3) Bolehkah kerajaan menujukkan perjanjian rasmi yang sebenar bagi membuktikan bahawa mereka yang menyebut kandungan perjanjian itu adalah sempurna sama dengan yang dikatakan Rasiah? Persoalan ini telah timbul dalam Kes Ezam Mohd Nor dua tahun yang lalu.

(4) Beretikakah pemimpin politik berkuasa boleh bertindak dengan menggunakan peruntuk perundangan yang adalah untuk menutup semangat prihatin rakyat yang melibatkan DANA RAKYAT (DANA KERAMAT) berjumlah puluhan ataupun ratusan juta ringgit tanpa mengira miskin-kaya, laki-pompuan, warga tua-muda, agama dan keturunan?

Apa pendapat saudara/i?

No comments: