Wednesday, February 14, 2007

Selamat Tahun Baru Cina 2007

Dengan mengambil kesempatan ini, saya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia kerana kongsi bersama semangat perayaan ini walaupun kita adalah dari latar belakang yang berlainan dari segi keturunan, budaya, bahasa ibunda dan agama.

Nilai yang baik kita kongsi dan hayati bersama. Benda yang kurang baik kita tinggalkan biar ia ditenggelamkan oleh masa melalui sejarah.

Pemimpin yang tulus, ikhlas, jujur kita kenang bersama, pemimpin yang korup, zalim, dusta kita doakan mereka insaflah segera pulang ke pangkuan manusia yang benar.

Matahari terbit di timur setiap hari,
Manusia bangkit tidur setaip pagi;

Amalan murni manusia kita warisi,
Orang berjasa akan dikenang abadi.

No comments: