
Sepertimana telah saya mengulas beberapa kali sebelum ini tentang Akta Pencegahan Rasuah dan natijah PM dalam ucapan perhimpunan UMNO terlepas Gagasan ke-9; kini tercemar pula keikhlasan mereka sekiranya tuduhan Pengerusi Gerak tidak dipandang dan disiasat oleh pihak yang berkecuali kerana:
2. Menurut surat tersebut, Pegawai Kanan BPR telah menyampaikan hasil siasatan ini kepada Ketua Polis Negara, kita tidak tahu sejauhmanakah tindakan mereka. Oleh itu, ada tidak sesuai untuk pihak polis untuk menyakinkan kita mereka akan diberikan kebebasan penuh untuk mengambil tindakan.
Lantaran daripada itu, siapakah yang lebih berkewibawaan untuk memikul tugasan ini?
1. Suruhanjaya DiRaja Khas?
2. Jawatankuasa Khas Parlimen yang mewakili semua parti politik termasuk pemerintah dan pembangkang satu orang setiap parti?
3. Jawatankuasa Khas Bimbingn Ketua Pembangkang?
4. Jawatankuasa Khas Lantikan Kerajaan Biasa?
Sekiranya, pihak berkuasa milih jalan lama berpeluk-tubuh, sudah pasti rakyat akan berfikir macam-macam dan kemudian itu khabar angin akan bertiup. Dukacita jikalau orang menyatakan inilah Pagar Makan Padi. Begitu juga Perpatah Melayu berkata:
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

Kesimpulannya, bola berada di bawah kaki pemerintah sekarang, terserah kepada pemimpin berkuasa untuk membuktikan mereka adalah sebuah kerajaan tulin yang bersifat: Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat, Untuk Rakyat.
Apa pula pendapat anda?
No comments:
Post a Comment