
Dalam suasana pendapat yang rendah, ayah dengan perasaan yang terperanjat menyoalkan anaknya, kenapa membazir wang yang banyak untuk membeli alat mainan yang mahal?

Atas alasan itu, budak itu tidak bersalah kerana tidak menggunakan wang ayahnya; juga tidak menggunakan wang sendiri. Sebaliknya, dia menggunakan wang adik dan dia akan kongsi dengan adiknya.
Persoalan:
Dari manakah perolehan wang seorang adik daripada budak yang hanya berusia 7 tahun?
Adakah kapal terbang itu akan berkongsi dengan adiknya sudah menyebabkan ia tidak mahal pada harga $150.00?
Adakah kerana budak itu pandai memutar wang adiknya, maka pembelian itu sudah jadi munasabah?
Pada hakikatnya, samada wang belian kapal terbang itu daripada tabung adik, budak itu sendiri ataupun ayah, itu merupakan duit ayah juga.
Daripada cerita ini, apakah pembelian kapal terbang untuk kerajaan & Perdana Menteri dan orang-orang tertentu itu akan memunasabahkan penggunaan wang rakyat sebanyak USD55,000,000.00 / RM192,500,000.00 (pada kadar pertukaran USD1.00=RM3.50)?
Apakah perbezaan di antara dana daripada Khazanah dan dana kerajaan dalam proses pembelian kapal terbang itu? Adakah salah di antara satu itu tidak melibatkan wang rakyat?
No comments:
Post a Comment