Saturday, February 24, 2007

Antara Putrajaya, Cyberjaya dan Iskandar Johor?
Putrajaya dan Cyberjaya telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri lebih kurang satu dekad yang lalu.

Putrajaya
Putrajaya menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru memang luas dan sistematik dari segi perancangan binaan bangunan. Kepada pengunjung Putrajaya, anda mesti berpengalaman menghadapi kesesatan untuk mencari sesuatu jabatan kerajaan ataupun jalanraya.

Saya juga mengalami kesusahan yang sama walaupun telah beberapa kali menziarahi Putrajaya. Antara sebab utama adalah:


1. Papan Tanda menunjukkan sesuatu kementerian itu kecil memerlukan kanta pembesar.
2. Tidak ada Peta Lokasi Putrajaya sepertimana kita boleh lihat di Kuala Lumpur.

Ini adalah satu perkara kecil yang tidak diperendahkan, malahan ia pasti akan lebih menyusahkan pelancong negeri asing.

Cyberjaya
Satu pusat baru mengumpulkan semua syarikat berstatus MSC dengan menikmati incentive tambahan. Di anataranya adalah Pengecualian Cukai Pendapatan syarikat maksima selama 10 tahun dan sebagainya.

Sunggup pun Cyberjaya mempunyai beberapa buah syarikat besar tersergah sebagai landmark, seperti Lim Kok Weng Universiti, Multimedia Universiti, Pejabat TMNet, Ibu Pejabat MDEC, Shell dan beberapa buah syarikat yang lain.

Namun, jikalau anda menziarahi bangunan sekitar Century Square, amat mengagumkan kerana 3 blok Century Square kadar penggunaan di bawah 50%, Bangunan SME juga menghadapi masalah yang sama. Malahan “Food Court” juga beroperasi umbang-ambing.

Adalah tidak menghairankan dengan membukaan tapak MSC baru seperti di Teknology Park (Bukit Jalil), Kelana Square (Kelana Jaya) dan Sentral Kuala Lumpur. Sebelum pembukaan ini pun, banyak syarikat sebenarnya tidak beroperasi, sebaliknya hanya menyewa satu bilik untuk alamat surat-menyurat. Pejabat opesi mereka tidak berada di Cyberjaya.

Adalah menjadi satu persoalan sejauhmanakah kadar pengguna ruang pejabat di Cyberjaya?

Berapa buah syarikat yang sebenarnya beroperasi di Cyberjaya (khasnya kecil dan sederhana)?

Sekiranya penggunaan ruangan pejabat amat rendah, mengapa masih membina bangunan baru tambahan? Syarikat mana yang akan menyewa?

Adakah kerajaan mengaudit contohnya kenapa penyewa Century Square mengosongkan pejabat mereka?

Adakah semua sewa syarikat MSC dipunggut tanpa hutang lapuk?

Ada syarikat yang menghabiskan dana awam dan berhenti operasi?

Ada syarikat yang menggunakan Dana MGS & Venture Capital (Mavcap), apakah hasil pelaburan duit rakyat dalam syarikat ini? Ini kerana peruntukkan dana ini adalah tidak tercagar dan tidak ada guarantor, sejauhmanakah pelaburan dana rakyat itu membawa pulangan ke atas ekonomi negara?

Berapa banyak syarikat yang sudah berjaya dan berapa pula yang telah gagal? Berapakah jumlah wang rakyat telah dibelanjakan?

Iskandar
Berdasarkan kepada persoalan-persoalan di atas, tertimubl pula sejauhmanakan keupayaan kerajaan mampu mengelakkan Iskandar menjadi pisang berbuah dua kali seperti Cyberjaya sekarang?


Untuk maklumat tambahan tentangsila layari http://www.msc.com.my/cs/mgs/default.asp untuk MGS Grant; http://www.mavcap.com.my/html/seek-dv_ip.htm untuk Mavcap Direct Venture & Seed Venture.

No comments: