
Apa yang memeranjatkan kita tetapi rintihan rakyat bawahan masih tidak memasuki telinga orang besar dan pemerintah. Rakyat sudah tinggal dalam khemah seperti pelarian dan tawaran untuk rundingan juga tidak diperendahkan sungguhpun kes mahkamah belum selesai lagi.
Dalam suasana begini, adalah amat kurang bijak dan lembap sekali kerana Rela dinampakkan oleh masyarakat sebagai telah bersubahat dengan pemaju demi mencari keuntungan.

Saya bimbang, jikalau tragedi begitu tidak dibendung serta-merta, masyarakat akan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada RELA kerana orang ramai akan berpersepsi mereka telah "pagar makan padi".
Berkisar dalam kejadian yang sama juga, sekali lagi terbukti bahawa parti politik perkauman adalah satu kegagalan di mana rakyat sudah lebih sedar di mana pada keseluruhan isu ini, jelas kita lihat dengan mata sendiri ramai pemimpin politik, NGO dan masyarakat tanpa mengira kaum telah bersatu padu untuk mempertahankan hak orang kampung. Dukacita sekali orang yang melaung-laungkan slogan, berkokok sekampung tidak memperdulikan golongan tertindas ini.
Refer: www.merdekareview.com/news.php?n=3652
No comments:
Post a Comment