
Ramai daripada pemimpin kita telah menyuarakan pendapat masing-masing bahawa pembahasan parti politik adalah tidak sesuai untuk mengadakan siaran langsung media pandang-dengar. Rumusan ini dicapai kerana kemungkinan besar ada pembahas yang membawa isu-isu yang boleh menimbulkan kerunsingan pihak-pihak tertentu. Umpamanya sebutan untuk menikam keris........ adalah tidak sesuai ditonton oleh semua orang.
Akan tetapi, saya memandang dari satu sudut yang lebih positif kerana sememangnya kita menggalakkan kebebasan aliran maklumat. Persoalan pokok sekarang adalah isi kandungan pembahas, bukan siaran langsung.
Adalah tanggungjawab semua warganegara atas tingkah-laku masing-masing (self-discipline). Adalah tidak masuk akal kerana perhentian siaran langsung akan menyapu perkara ini di bawah karpet mungkin akan membawa perasaan dendam yang terpendam. Rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai fikiran yang waras untuk menghadapi kritikan awam sekiranya mereka tidak melakukan sesuatu bukan berbentuk 'lempah batu sembunyi tangan'.

Sebaliknya pada kaca mata saya, bukan sahaja semua perhimpunan parti politik diberi pureluang untuk membuat liputan siaran media pandang-dengar langsung; malahan Persidangan Parlimen (Dewan Rakyat dan Negara) juga wajib berbuat demikian. Tidak ada sebab kenapa pembahasan semua wakil rakyat tidak boleh ditonton oleh semua rakyat Malaysia. Dengan siaran langusng, rakayt akan lihat sendiri tingkah-laku, sikap, perangai, tabiat, mutu dan kualiti perbahasan semua ahli Parlimen. Barulah pada pilihanaraya akan datang boleh memutuskan sama ada wajar terus mengundi wakil tersebut atau sebaliknya.
Bagaimana pula pendapat anda?
1 comment:
syabas TAN AK.....blog yang bagus ....lu sudah ada link dlm blog gua....
Post a Comment