Syabas, Timbalan Perdana Menteri
Sesudah perhimpuman mesyuarat agong tahunan UMNO selesai, saya mengadu-adukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa beberapa pembahas yang menyentuh isu-isu bersifat hasutan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataannya selaras dengan menyataan Perdana Menteri ketika mengulas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya bahawa 'no body above the laws / tidak ada sesiapa bebas daripada kawalan undang-undang, lalu ia menjelaskan lagi:
a. mesyuarat perhimpunan UMNO tidak ada kekebalan undang-undang untuk pembahas.
b. membuktikan keadilan undang-undang tidak kira latar belakang parti politik.
Sekiranya kita masih ingat, pada pilihanraya kecil Lunas, Kedah beberapa tahun lalu ada seorang penceramah wanita telah didakwa atas Akta Hasutan kerana menyentuh kejadian 513 yang dikatakan sebagai bersifat menghasut.
Isi pembahasan perhimpunan UMNO telah menjadi bual-mulut segenap lapisan rakyat, termasuk pemimpin komponent Barisan Nasional sendiri. Dengan adanya kenyataan Timbalan Perdana Menteri ini, terbukti adanya pembahas yang mungkin melanggari Akta Hasutan yang sedia ada.
Tidak ketinggalan juga, secara peribadi saya setuju dengan prinsip 'Kata Dikota' kerana sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, dedikasi, berprinsip dan berdisiplin, kita wajar mengotakan apa yang telah dijanjikan daripada mulut kita. Nescaya, negara kita akan lebih maju andaikata semua pemimpin kita kotakan janji yang dikata.
Kini, tibalah masanya untuk kita menyokong Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam hal ini agar memastikan pihak berkuasa / tanggungjawab menjalankan siasatan terperinci ke atas beberapa laporan polis diterima minggu lalu oleh orang yang prihatin. Sewajarnya, dengan rakaman perbahasan yang disiarkan secara langsung dalam media pandang-dengar pasti akan menyenangkan serta mempercepatkan proses siasatan pihak berkuasa dengan segera.
Dengan sedemikian, ia pasti akan membantu bena sebuah masyarakat yang lebih sihat tanpa hasutan daripada mana-mana pihak yang akan memudaratkan perpaduan negara. Akhir kata, demi untuk menyakinkan rakyat bahawa janji pemimpin kita mesti dikota bukan hanya kadar 'melepaskan batuk di tangga'.
Anda setuju dengan pendapat saya?
No comments:
Post a Comment