Monday, November 27, 2006

Patik Sokong Tuanku Sultan Selangor

Hari ini hati patik amat riang setelah membaca keputusan Tuanku Sultan Negeri Selangor memperkenakan syarat-syarat baru ke atas semua bakal penerima anugerah kebesaran negeri Selangor.

Dengan ini patik amat setuju dan sokong Tuanku Sultan dalam usaha untuk mengawal kuantiti dan kualiti orang yang bakal diberikan anugerah ; terutamanya yang bergelaran Dato’. Ketetapan ini adalah selaras dengan matlamat untuk meningkatkan martabat dan kewibawaan penerima anugerah.

Sepertimana kita sentiasa membaca dalam suratkhabar, beberapa tahun kebelakangan ini terwujud satu kecenderungan peningkatan jenayah kolar putih melibatkan pemimpin masyarakat / politik yang bergelaran dalam masyarakat.

Adalah wajar Tuanku Sultan mengenakan syarat-syarat yang ketat kerana anugerah ini merupakan satu pengikhtirafan yang tidak boleh dierdagangkan dengan wang ringgit.

Menurut laporan hari (penterjemahan berita yang dilampirkan), anugerah Dato’ hanya dipertimbangkan kepada mereka yang tidak kurang daripada umur 45 tahun, termasuklah:

a. DPMS & DSIS hanya untuk Ahli Parlimen / Dewan Undangan Negeri & EXCO Negeri.

b. Pegawai kerajaan dari kategori: A, B & C; dan Hakim Persekutuan dan Mahkamah Rayuan sahaja.

c. Tentera: berpangkat Bridge Jeneral atau lebih tinggi.

d. Polis: minima berpangkat Pesuruhjaya Polis.

e. Sektor swasta: bekas wakil rakyat, pemimpin masyarakat yang disanjung tinggi atau saudagar yang mashyur. Beliau perlu memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan atau setaraf dengannya serta dihormati masyarakat.

f. Pemimpin akademik: hanya Profssor yang diikhtifar.

Pada hemat patik, juga wajar untuk kerajaan Selangor menyesorkan kepada Tuanku Sultan Selangor agar anugerah seseorang itu akan lucut secara automatik:

a. sekiranya gagal menunjukkan keikhlasan mempertahankan Sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan di Malaysia.


b. sekiranya mereka disabitkan apa-apa kesalah jenayah; atau

c. perbuatan-perbuatan yang tidak mempertahankan kedaulatan undang-undang, keluhuran Perlembagaan; atau

d. gagal mempamerkan kesopanan dan kesusilaan sebagai teledan masyarakat yang murni.

No comments: