Monday, November 27, 2006

Pemandang Terbaru Wajah Kampung Berembang, Ampang

Keadaan sebenar kampung ini di ambil pada waktu senja 24-11-2006 di mana terdapat sekumpulan kanak-kanak kecil lari berkeliaran di sekitar khemah kediaman mereka.

Selepas berlakunya kejadian seminggu lalu, keadaan kampung ini nampkanya jauh berbeza berbanding dengan sebelum itu sungguhpun mereka hanya berumah kayu usang. Kini, yang tinggal hanyalah sisa-sisa rumah yang mungkin akan menjadi tempat membiakan nyamuk khasnya pada musim tengkujuh ini.

Melalui perbualan dengan Pak Long, difahamkan orang kampung masih bersemangat untuk mempertahankan tapak perumahan mereka walaupun mereka terdesak. Menurut beliau juga, sebenarnya perjuangan mereka melalui proses undang-undang masih dalam proses pembicaraan mahkamah. namun sedemikian, agensi kerajaan telah tergesa-gesa mengambil tindakan tanpa memperhiraukan prosiding yang masih berjalan.





























Apakah pendapar anda?
Kenapa wakil rakyat kita gagal menjadi peranatara untuk menyelesaikan masalah ini?
Adakah kerana kehadiran parti bukan pemerintah menyebabkan wakil rakyat tempatan mengundur diri?
Apa pula pendapat dan bantuan perjuang-perjuang rakyat yang bersorak di sana-sini?
Apakah kita boleh lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?
Bagaimana tentang masa depan budak-budak kecil yang masih belajar?
Bilakah kediaman gantian dapat dicari?

No comments: