Menyebarkan SMS Menghasut!
Amat kesal sekali, selepas negara sudah merdeka selama 50 tahun, masih ramai lagi rakyat umum mempercayai kepada mereka yang sentiasa me-reka-reka cerita.
Walaupun kita merasa lega Timbalan Perdana Menteri dengan pintas telah mengarakan Ketua Polis Negara mengadakan siasatan segera tentang menyebaran maklumat palsu yang bersifat hasutan itu yang berlaku di Ipoh semalam.
Sementara kita mengutuk tindakan yang keji itu untuk menghuru-halakan ketenteraman awam; baik dari segi perundangan seperti Akta Hasutan. Dari pandangan sudut keagamaan pula, saya percaya semua agama mengajar penganutnya bersifat jujur, ikhlas, jauhi dosa, jangan berdusta dan sebagainya.
Dengan ikhlas mohon keizinan saya merenung kepada buku dalam almari saya yang bertajuk: Ikhtisar Perkembangan Sejarah Islam, yang dikarang oleh bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan selaku bekas Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan (buku teks STPM saya); terimbas dalam fikiran saya tentang satu ayat yang tidak pernah saya lupai iaitu: [fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh].
Biarlah kita sama-sama doakan mereka ini akan insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Yang lalu, biarlah lepas; sepertimana disebut oleh bekas Timbalan Perdana Menteri cuba memaafkan bekas Perdana Menteri walaupun dituduh berbagai-bagai tuduhan / fitnah [merujuk kepada pengguguran Kes Sodomi Sukma oleh Mahkamah hari ini], semangat maaf-maafan ini wajar kita pupukkan.
Apa yang cuba saya tekankan di sini adalah tiba masanya untuk pihak kerajaan, pemimpin dan masyarakat umum mengkaji semula beberapa persoalan berikut:
Kenapakah rakyat kita amat mempercayai khabar-khabar angin?
Adakah saluran yang sedia ada kurang kredible?
Kenapa keadaan / budaya ini terwujud?
Adakah pemimpin kita sedar akan kebahayaan orang percayakan khabar angina?
Adakah kerana penyaluran maklumat kini kerang tulus hinggakan wujud krisis?
Apakah langkah yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?
1 comment:
Bagus Tan.Selamat datang ke dunia blogging. Sekarang ini zaman blogging. Media arus perdana pun terpaksa mengikut rentak yang ditentukan oleh bloggers. Ini trend baru dunia.
Teruskan.
Black.
Post a Comment