Tuesday, November 21, 2006

Syarikat Bekalan Air Selangor bantu Anti Rasuah!
Minggu yang lalu saya telah memetik sebahagian Akta Pencegahan Rasuah 1997 . Tidak lama sebelum ini saya menemani rakan saya membuat laporan polis di salah sebuah balai yang terletak di Kuala Lumpur, saya berkesempatan membaca due papan notis yang terpapar didinding balai berkenaan.

Dua hari yang lalu, saya pula terlihat bil air mempunyai number telepon Badan Pencegah Rasuah. Rujuk kepada gambar yang dilampirkan di bawah.

Memang ia merupakan satu perkembangan yang baik daripada Polis DiRaja dan Syabas berusaha meningkatkan kesedaran anti rasuah / memerangi rasuah selaras dengan hasrat President UMNO merangkap Perdana Menteri dalam 12 Gagasan yang digariskan sewaktu mesyuarat UMNO minggu lalu.

Namun sedemikian, jika kita benar-benar berikhtiar dan bertekat untuk memerangi musuh utama negara kita, ia tidak memadai setakat menggantung tulisan didinding atau memcetak number telepon atas bil / kertas sahaja tanpa sokongan dan ikhtibar daripada pemimpin-pwmimpin parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang, NGO dan segenap lapisan masyarakat.

Dalam menyahut kerja murni ini, sewajarnyanya BPR dibebaskan daripada kongkongan Jabatan perdana Menteri; lalu Ketua Pengarah BPR dipertanggungjawabkan langsung kepada Wakil Rakyat / Parlimen.

Ini kerana setakat ini, seolah-olah BPR dikongkong oleh kuasa politik hinggakan BPR hanya berkeupayaan membuat siasatan terpilih (selective) sahaja sekiranya yang diadu bukan orang yang berkuasa / pangkat tinggi. Oleh sedemikian, beberapa langkah utama tidak dapat tidak dilakukan sekiranya kita benar-benar ikhlas untukl memperbaiki kedudukan korupsi negara yang telah menjunam dari 39 ke 44 baru-baru ini. Di anatara langkah utama termasuklah:

a. BPR bebas untuk membuka file siasatan ke atas semua laporan yang melibatkan pemimpim politik (tanpa mengira pemerintah @ pembangkang).

b. Pemimpin negara / politik mesti mempunyai teladan yang baik untuk masyarakat.

c. BPR dipertanggungjawab terus terhadap Wakil Rakyat di Parlimen.

d. BPR diberikan kuasa pendakwaan demi membuktikan kebebasannya.

e. Perlantikan Ketua Pengarah BPR dilakukan oleh cadangan daripada Jawatankuasa Bebas yang di ketua oleh orang yang berwibawa, berkecuali, bersih dan berprinsip.

f. BPR tidak melakukan pendakwaan terpilih (selective prosecution).

g. BPR wajar memberikan maklum balas perkembangan siasatan kepada pengadu.

h. BPR bentangkan laporan tahunannya kepada Parlimen seperti Suhakam.
Saya mengharapkan, impian kita akan tercapai dalam tempoh masa yang tersingkat agar penyeleweng akan diketengahkan ke muka pengadilan.

Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya?

No comments: