Monday, November 13, 2006

Pimimpin Masyarakat Cina Dalam Politik






Hari ini saya cuba mengajak rakan-rakan membincangkan tajuk kepimpinan pemimpin masyarakat Cina dalam arena politik tempatan.

Secara kasarnya, pemimpin ini (masyarakat Cina) terbahagi kepada dua aliran besar, iaitu meraka berlatar belakang daripada:

a. Aliran pendidikan Bahasa English (bukan bahasa ibunda).
b. Aliran pendidikan Mandarin (bahasa ibunda).


Umumnya, kedua-dua golongan ini mempunyai persepsi budaya yang berbeza. Naluri meraka dengan tidak disedari biasanya berkelompok mengikut aliran ini. Umpamanya MCA Team A terdiri daripada pemimpin bukan aliran ibunda dan Team B adalah gambungan daripada pemimpin aliran ibunda.


Amnya, masyarakat Cina kurang aktif dalam politik tempatan kalau dibandingkan dengan masyarakat Melayu. Faktor-faktor mempengaruhi penonjolan pemimpin msayarakat Cina.

a. Faktor sejarah.
Faktor sejarah, baik di benua China mahu pun di Malaysia masyarakat Cina secara umumnya bertanggapan politik adalah satu permainan putar-belitkan kenyataan, kotor, kejam, tidak transparen, hasat-dengki dan sebagainya. Maka kebanyakan masyarakat Cina kurang berminat untuk menggiatkan diri dalam politik.

b. Faktor budaya politik tempatan – politik asaskan perkauman.
Sungguhpun sudah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, namun asas politik tempatan masih berasaskan perkauman. Di mana setiap kaum mempunyai parti politik yang melaung-laungkan slogan politik demi memperjuangkan hak keturunan masing-masing. Walaupun Perlembagaan Parti Gerakan dan DAP adalah parti pelbagai kaum, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan masih terdapat jarak yang agak jauh untuk mencapai matlamat mereka. Keadaan yang berlainan bagi PAS, walaupun ia merupakan parti pelbagai agama, akan tetapi ia terhad kepada agama tertentu sahaja.


Dengan perubahan suasana politik akhir 1990an, kelahiran Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh majoriti pemimpin Malayu boleh mempercepatkan proses pembangunan parti pelbagai kaum. Sejak kebelakangan ini, penglibatan masyarakat bukan Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat amat menggalakkan dengan penyertaan besar-besaran keahlian bukan Melayu.

c. Faktor persepsi terhadap politik perkauman.
Spertimana sentiasa dipermainkan oleh parti politik perkauman, masyarakat Cina nampaknya lebih mendiamkan diri sewaktu berhadapan dengan isu perkauman atas alasan isu sensiti di rantau Asia Tenggara. Maka, mereka lebih menumpukan perhatian dalam bidang perniagaan untuk mecari rezeki sahaja. Biasanya pemimpin parti politik perkauman akan mengeksploitasikan suatu isu yang menggugat mereka kepada isu perkauman, lalu ia boleh kebal dari kritikan.


d. Faktor ekonomi & profesyen.
Lumrahnya, masyarakat Cina yang berkecimpung dalam aktiviti perniagaan akan cuba mengelakkan diri daripada penglibatan politik. Ini kerana mereka tidak ingin melihat pernaigaannya berganggu oleh orang politik. Sikap berkecuali ini tidak menggalakkan masyarakat umum yang berkebolehan menampil diri untuk memimpin masyarakat.

Ciri-ciri Pemimpin Untuk Semua Rakyat Malaysia
Saya mengharapakan negara kita mampu mendidik pemimpin muda yang beriri-ciri:

a. Orang Berprinsipkan Rukunegara.
Rukunegara merupakan pedoman utama dalam gerak kerja harian. Iaitu:


Kpercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

* Pemimpin hendak tunjukkan teladan yang baik: contohnya pemimpin sendiri jangan hutang cukai pintu, berikan kontrak besar kepada ahli keluarga tanpa alasan. Begitu juga, jauhkan diri daripada politik wang (rasuah politik untuk belie undi), tidak menghasut ketika bertanding dalam pemilihan parti dan sebagainya.

* Pemimpin yang mendaulatkan / menghormati undang: jangan pagar makan padi; seperti sendiri bina rumah besar tidak ikut undang-undang, jangan menganak-tirikan masyarakat miskin / kurang upaya, rumah orang kiskin dirobohkan manakala rumah orang kaya diperihala.

* Pemimpin mempunyai kesopanan yang murni: pemimpin yang tidak korup, bersih, jujur dan merendah diri; jangan mengugut orang awam tanpa sebab seperti Ahli Majlis Perbandaran Klang mengugut pemberita kerana menyiarkan salah-laku beliau baru-baru ini.

* Pemimpin yang sudi menerima teguran rakyat serta pegang kepada janji: berani berhadapan rakyat sambil memberikan ruang yang memcukupi untuk rakyat memberikan pandangan yang berlainan. Contohnya kebebasan berpertubuhan diganggu dimana pendaftaran PSM menghadapi rintangan disengajakan manusia. Begitu juga dengan permit pemohonan Suara Keadilan menghadapi hampir jalan buntu akibat campurtangan politik.

b. Berdisciplin landaskan Perlembagaan.
Masyarakat Cina sewajarnya menampilkan pemimpin yang berdisciplin. Semangat Perlembagaan adalah rujukan kepada semua jaminan hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan dinikmati tanpa halangan poltik. Ia tidak kira siapa jadi pemerintah samada Barisan Nasional (sekarang) ataupun Barisan Alternatif (kalau menang dalam pilihanraya akan datang), hak ini tidak boleh dicaburi tanpa mengira siapa jadi pembangkang dalam politik.


c. Bersemangat Bangsa Malaysia.
Seorang pemimpin yang berjiwa Bangsar Malaysia pasti akan dapat sokongan segenap masyarakat. Adalah tidak wajat kita mengindir Bangsar Malaysia sebagai Rojak. Kita wajar merasa bangga dengan bangsar negara sendiri. Sikap untuk jadi jaguh sesuatu kaum perlu dikikis kerana ia tidak akan membantu pembinaan sebuah negara yang bersatu-padu.


Lagu Negaraku kita nyanyikan menyebut: Rakyat Kita Bersatu dan Maju.......... Lantaran itu, mana-mana pemimpin perkauman yang tidak menjaga segenap rakyat keseluruhannya atau cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat adalah bertentangan dengan Prinsip Rukunegera, semangat Perlembagaan dan Lagu Negaraku. Maka mereka adalah tidak layak menjadi pemimpin negara.


d. Bertanggungjawab, adil, bersih dan berjiwa rakyat.
Sebagai seorang pemimpin politik, sikap tanggungjawab atas segala keputusan atas alasan tidak tahu, adil tanpa menganak-tirikan bukan kroni, mempunyai personaliti yang bersih dan nampak bersih serta berjiwa rakayt.


Umpamanya, pendedahan kehilangan wang peruntuk pembangunan sekolah rendah di Johor ($30,000 jadi $3,000) cuba ditutup hinggakan YB Dato’ Ong Tee Keat dipaksa mohon maaf selepas beliau menyahut permintaan masyarakat menangani masalah korupsi pihak tertentu. Kita masih menunggu apakah keputusan siasatan kejadian tersebut? Siapa yang harus bertanggungjawab? Apakah tindakan yang telah / akan diambil?
Bertanggungjawab dan bersih dan berjiwa rakyat wajib tidak cuba menutup apa-apa penyelewengan yang melibatkan kepentingan awam dan wang rakyat dengan penuh dedikasi.


e. Penguasaan Bahasa Malaysia yang cemerlang.

Semua pemimpin masyarakat wajib berkemampuan menguasai Bahasa Kebangsaan yang baik. Malangnya, di anatara banyak Ahli Parlimen dan Ahli Kabinet nyata tidak mampu berucap dan membahas dalam Bahasa Malaysia dengan fasil. Sewajarnya, satu ujian kelulusan Bahasa Malaysia diperlukan sebelum dilantik ke sesuatu jawatan awam tertinggi.

Kesimpulannya, mai kita sama-sama bincang dalam persoalan berikut:
Apa pendapat saudara/i budiman tentang perkara ini?

Sejauhmanakah pemimpin kita memnuhi ciri-ciri saya tersebut di atas?

Berapa banyak pemimpin kita memenuhi cirri-ciri di atas?

Bagaimana kita dapat mengawasi atau memastikan hanya pemimpin baik sahaja dikekalkan?

Apakah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk memantau pemimpin kita?

Sekiranya kita tidak puas-hati dengan seseorang pemimpin itu, apa yang dapa kita lakukan sekiranya partinya enggan bertindak atas sebab berkepentingan bersama antara mereka?

No comments: