Monday, November 27, 2006

Perasaan Budak Kampung Berembang Melalui Lukisan

Oleh kerana budak kecil yang masih tidak handal untuk mecurahkan persaan mereka terhadap kehilangan rumah mereka dirobohkan oleh kerajaan, namun jelas kesedihan mereka berbayang dalam lukisan mereka yang menggambarkan keidaman mereka memilihi sebuah rumah untuk meneduh hujan semata-mata.

Harapan mereka tidak mengharapakan rumah bersifat mahligai seperti orang berada, namun naluri biasa budak kecil juga disentuh perasaan duga kerana ketil tatapan mereka akan hilang dalam sekelip mata. Sebaliknya, hampa menunggu mereka yang masih mentah fikiran, tidak bermuslihat untuk apa-apa agenda. Alangkah gembiranya mereka dapat bermain dan lepas itu berehat di dalam rumah pusaka walaupun hanya berbumbung atap semata-mata.

Sekiranya budak kecil mempunyai perasaan serupa, apa pula orang dewasa melihatnya dengan mata kasar? Mengapakah kita sanggup melihat keriangan budak-budak kecil menjadi hampa?

Apakah yang boleh anda tafsirkan daripada lukisan-lukisan depa?














No comments: