Friday, November 10, 2006

keAkta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)

Berikut adalah petikan beberapa seksyen daripada Akata berkenaan.




Isu ini menarik minat saya kerana:
a. Transparency International mengumumkan kedudukan Malaysia jatuh daripda 39 ke 44.

b. Ada pendapat bahawa Politik Wang parti politik adalah di luar kawalan Akta kerana mereka mempunyai peraturan sendiri.

Adakah politik wang itu satu sogok membeli undi?
Kenapa ia disebut sebagai 'politik wang' bukan 'rasuah beli pangkat parti'?
Apakah perbezaan di antara politik wang dan rasuah pemimpin beri suap?

c. Terdapat kenyataan tuduh-menuduh di antara Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri dalam sola pemberian kontrak kerajaan kepada anak masing-masing.

d. Perdana Menteri semalam memberikan jaminan beliau bertekad untum memerangi rasuah serta mengarahkan process pendakwaan rasuah dipercepatkan. Saya mengalu-alukan tekad Perdana Menteri agar tidak ada sebarang 'cover-up' baik libatkan parti pemerintah ataupun pembangkang.

e. Pengerusi Perhubungan Negeri Kelanatan UMNO mendedahkan mempunyai bukti penyelewengan Kerajaan Negeri dalam pemberian konsesi balak. Saya percaya ramai rakyat juga ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku.

f. Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi telah membuat laporan polis minggu lalu meminta siasat ke atas pemberian kontrak luar biasa kepada ahli keluarga oleh Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri.

Kesemua ini amat menarik perhatian masyarakat, dengan itu saya rasakan adalah tidak merugikan kita untuk mengetahui sedikit-sebanyak Akta ini. Oleh kerana saya bukan seorang peguam maka saya hanya mampu memetik beberapa bahagian Akta ini seperti berikut untuk kita bincangkan bersama:






Seksyen 2 Tafsiran.
‘Badan Awam’ termasuklah:-
(a) Kerajaan Malaysia;
(b) Kerajaan sesuatu Negeri;
(c) Mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang lain;
(d) Mana-mana jabatan, perkhidmatan atau pengusahaah Kerajaan Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa tempatan;
(e) Mana-mana syarikat yang berkuasa untuk mengawalnya terletak pada mana-mana badan awam yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d);
(f) Mana-mana pertubuhan, kesatuan, organisasi atau badan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“Pegawai Badan Awam“ ertinya mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pengkhidmat sesuatu badan awam, dan termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada orang awam, dan, jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang, termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu;

“saudara“ berhubungan dengan seseorang, ertinya:-
(a) isteri atau suami orang itu;
(b) adik atau abang atau kakak orang itu;
(c) adik atau abang atau kakak isteri atau suami orang itu;
(d) mana-mana ibu-bapa dan nenek moyang atau keturunan sezuriat orang itu;

“suapan“ ertinya:-
(b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

(f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan. Dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi;

Seksyen 10 Kesalahan Menyetuju-terima Suapan
Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain-
(a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau
(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang yang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain,

apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab-
(aa) mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkanaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau

(bb) mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkanaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat,

adalah melakukan satu kesalahan.

Seksyen 16 Penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 dan 15.
Mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 dan 15 boleh apabila disabitkan-

(a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari pada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun; dan
(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Seksyen 17 Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan.
(1) Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(2) Mana-mana orang tidak mematuhi subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana oran gyang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh usapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percuabaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan prihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.

(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 49 Keterangan kelaziman tidak boleh diterima.
Dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini, keterangan tidak boleh diterima untuk menunjukkan bahawa apa-apa suapan yang tersebut dalam Akta ini adalah suatu kelaziman dalam apa-apa profesion, pertukangan, kerjaya atau pekerjaan atau dalam sesuatu upacara sosial.

Apa pendapatan anda?

No comments: