Apakah Pendirian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Semenjak dua bulan kebelakangan ini, kita sering membaca berita tentang penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan tempatan. Secara prinsipnya, saya percaya kita semua bersetuju untuk mengawal pembinaan banguna yang sistematik demi penyempurnakan Perancangan Bandar yang teratur.
Dalam proses melaksanakan program pembangunan ini, kita juga telah melihat banyak kejadian yang membawa persoalan-persoalan yang mempertikaikan motif di sebaliknya.
Contohnya kita telah menyaksikan kejadian-kejadian:
a. Di kawasan Kampung Chubadak, Sentul juga terdapat penduduk yang tinggal dalam khemah selepas rumah kampung mereka dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
b. Perkampung Melayu di kampong Berembang, Ampang atas alasan pembangunan secara kekerasan juga sehingga ada penduduk yang dimasukkan ke hospital. Rumah mereka dirobohkan walaupun kes ini sedang dalam proses pembicaraan Mahkamah.
c. Merobohkan rumah tokong ‘Sembilan Maharaja’ di Sebrang Prai walaupun pada waktu kejadian terdapat dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan pegawai penguatkuasa tentang pendirian kerajaan negeri; dukacitanya arahan 2 orang Exco itu tidak diperhiraukan malahan dilayani kasar.
Sementara kita melihat ketegasan kerajaan tempatan menangani perumahan kawasan-kawasan tertentu, dukacitanya juga terdapat banyak pendedahan yang bertubi-tubi tentang salah-laku Ahli Majlis Kerajaan Tempatan di negeri Selangor yang tidak mematuhi undang-undang tetapi tuan punya rumah tidak dikenakan tindakan sepertimana contoh-contoh yang tersebut di atas. Pendedahan Y. B. Teng termasuklah:
a. Pembinaan rumah besar di Bandar Klang oleh Ahli Majlis Perbandaran Klang yang tidak memperolehi kelulusan. Tuan rumah hanya dikenakan denda $24,000 sahaja dan sehingga hari tidak ada pendirian rasmi kerajaan atas kesahihan rumah itu yang sengaja mencabar perundangan yang sedia ada.
b. Terdapat kewujudan sebuah restoran yang sudah beroperasi selama 3 tahun tanpa kelulusan plan bangunan di Kampng Jawa, Klang yang dimiliki oleh anak seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.
Dalam ketegasan penguatkuasaan undang-undang berbuhung-kait beberapa contoh petikan di atas, penduduk Kampung Berembang sudah mendakwa kerajaan, ‘rumah orang kaya boleh bermaharajalela, rumah orang miskin dirobohkan secara paksaan’; manakala penduduk Prai pula berkata: ‘rumah besar tak berani, rumah tokong tak peduli’.
Sepertimana yang telah yang huraikan dalam karangan lebih awal, hari ini Setiausaha Agung DAP berpendirian yang sama sambil menyoal (kita hanya bincang tentang polisi perumahan bukan proses perlantikan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan):
a. Apakah pendirian Menteri / Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
b. Kenapa Menteri / Kementerian tidak menjelaskan pendiriannya sehingga hari ini? Adakah mereka menghadapi kesulitan untuk ketangahkan keadilan rakyat?
c. Adakah tuduhan kerajaan mengambil tindakan pilihan (selective action) yang lebih cenderung kepada menindas orang kampung yang kurang berada itu benar?
d. Apakan nasihat Menteri / Kementerian kepada pemimpin / pentadbir Majlis Kerajaan Tempatan?
e. Apakah corak kepimpinan dan teladan yang cuba ditonjolkan dalam perkara ini? Adakah mereka bersikap ‘ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus’?
No comments:
Post a Comment