Perbazaan Pulau Pinang dan Selangor di bawah Pemerintah Pakatan Sama
Hari Jumaat telah berlaku satu kejadian yang mengejutkan masyarakat di Pulau Pinang kerana Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah menggunakan kekerasan untuk merobohkan sebuah tempat ibadat (Tokong 9 Maharaja / The 9 Emperors) yang sudah bertapak di situ selama 20 tahun dengan alasan kononnya mereka menerima banyak aduan dan tokong itu tidak mendapat kelulusan plan bangunan.
Dilaporkan tokong tersebut adalah tempat orang kampung setempat menunaikan tanggungjawab keagamaan mereka semenjak 20 tahun dahulu. Ia di bina atas ikhtiar dan sumbangan orang kampung agar boleh membimbing pemuda-pemudi kampung menjauhi melibatkan diri dalam gejala jahat seperti mat-tempit kini sanggup mencabar kewibawaan Polis DiRaja Malaysia (sudah berlaku di Prai dan Puchong semalam) dan sebagainya.
Ironinya, dengan alasan tertentu MPSP bertekad merobohkan bangunan tokong dengan bantuan pasukan beruniform. Saya berdoa tindakan MPSP tidak dipandu oleh oleh motif yang tersirat atau berselindung selepas desakan Mesyuarat Agong sebuah pemerintah yang baru berakhir minggu lalu. Pada waktu kejadian terdapat 2 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MCA & Gerakan masing-masing) telah dihalau dengan kasar, ada Ahli Parlimen Bukit Mertajam digalikan; serta penduduk-penduduk kampong telah dilayan dengan kekasaran yang amat mendukacitakan.
MPSP bukan sahaja enggan melayan hujah EXCO (ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), Yang DiPertua MPSP juga enggan melayan Ahli Parlimen, Ahli Majlis MPSP dan pemimpin-pemimpin setempat. Hubungan telepon gagal, Pegawai MPSP terus menurunkan bangunan tokong tanpa mengira sensitiviti agama secara paksaan dan kekerasan. Akhirnya, berlaku sedikit perselisihan; lalu beberapa orang tercedera, ada yang ditahan polis sambil polis melepaskan tembakan rambang ke arah langit.
Saya tidak mempertikaikan menguatkuasaan undang-undang kerajaan tempatan bahawasahnya semua bangunan memerlukan plan kelulusan. Akan tetapi, sebagai sebuah kerajaan yang mengelar dirinya Kerajaan Rakyat, Oleh Rakyat dan Untuk Rakyat adalah bertanggungjawab mengambil-kira sensitiviti agama, penghormatan ke atas perassan orang kampong.
Memang banyak persoalan wajib dijawab oleh MPSP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam soal ini adalah:
a. Adakah MPSP lebih besar daripada 2 orang EXCO Kerajaan Negeri?
b. Kenapakah kekerasan digunakan untuk pencerohan?
c. Kenapa rundingan / “musyawarah“ tidak diteruskan?
d. Adakah sensitivit agama diambil-kira kerana pegawai penguatkuasa adalah dari penganut yang lain, barangkali tidak faham pantang-larang satu agama yang lain?
e. Siapa yang wajar bertanggungjawab atas kerosakan ini?
Sepertimana dalam tulisan pertama saya “Aiyo Orang Besar Tegakkanlah Keadilan Untuk Orang Miskin“, saya cuba membuat satu perbandingan dengan kerajaan Negeri Selangor walaupun kedua-duanya dibawah pemerintah parti yang sama.
a. Mahligai di Klang juga tidak memperolehi plan kelulusan, tidak ada tindakan diambil selain daripada bayaran kompoun sahaja? Dalam keadaan yang sama, kenapa Tokong 9 Maharaja tidak boleh disaman sahaja?
b. Kenapa tapak Tokong itu tidak boleh dijualkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Tokong dengan 85% diskaun sepertimana di Klang? Sebenarnya, penggunaan tanah untuk bina rumah persendirian boleh memperolehi diskaun 85%, mungkin tempat ibadat untuk masyarakat umum wajib berikan 95% diskaun? Tempat ibadat atau rumah besar sengaja melanggar undang-undang lebih penting untuk masyarakat & negara?
c. Kenapa rumah persendirian di Klang boleh dibiarkan sahaja, manakala tempat ibadat tidak diberikan ruang yang sedikitpun untuk bernafas?
d. Menteri Besar Selangor kata robohan perlu mengambil-kira faktor politik; apakah pendirian Ketua Menteri
Pulau Pinang? Kenapa Ketua Menteri & MPSP tidak belajar daripada Menteri Besar Selangor? Bilakah kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menjelaskan pendirian?
e. Kenapakah mereka mempunyai tindakan yang jauh berbeza walaupun di bawah pemerintahan pakatan yang sama? Oleh kerana tuan bangunan berlatar belakang parti politik yang berbeza?
f. Bilakah dan adakah Menteri Besar Negeri Selangor inging / mahu bertindak seperti MPSP? Adakah rumah besar sudah menjadi sah selepas bayar kompaun $24,000?
g. Siapakah pengadu tokong berkenaan? Apakah tindakan kerajaan Selangor selepas menerima banyak laporan polis & ACA tentang mahligai di Klang? Apa rumusan siasatan?
h. Tidak-ketinggalan juga, apakah pendirian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kedua-dua isu ini? Adakah ia juga sebahagian daripada tanggungjawab Menteri berkaitan?
i. Kenapa pakatan parti pemerintah dinampakkan bertindakan secara pilih-kasih? Memang mereka sengaja menganak-tirikan tempat ibadat di MPSP? Adakah rumah persendirian lebih penting daripada tempat ibadat?
Nota: ketika saya sedang menulis karangan ini, saya juga dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan bertindak merobohkan Kampong Berembang, Gombak, Selangor pada pukul 8.00 pagi esok (20/11/2006).
Menurut maklumat, kebanyak penduduk kampung Melayu di situ tidak puas dengan aturan kerajaan / pampasan kerana mereka adalah golongan berpendapatan rendah yang tidak ada tempat penginap selain daripada kampong pusaka di situ.
Walaupun saya belum menguasai maklumat penuh sebab-sebab robohan samada yang tersurat atau tersirat; namun kalau dibandingkan di antara kediaman orang miskin yang tidak ada plan kelulusan / milikan tanah yang sah dengan binaan orang kaya / besar sengaja melanggar undang-undang, siapa harus dihukum lebih berat? Ia berlaku dibawah pemerintah seorang Menteri Besar yang sama di antara Klang dan Ampang Jaya.
Sama seperti di Pulau Pinang, adakah pintu rundingan telah ditutup? Adakah proses rundingan itu dijalankan dengan adil dan saksama?
Mohon keizinan bagi saya melihat kembali satu ayat sms yang dihantar oleh Celcom kepada saya yang bermaksub:
Tidak baik seseorang kamu sehingga kamu kasih saudara kamu sebagaimana kamu kasih diri kamu sendiri.
Marilah kita berdoa agar kejadian-kejadian ketidak-adilan, penindasan golongan miskin dan sebagainya tidak akan berulang lagi di atas muka bumi ini (baik dalam atau luar negeri) pada masa akan datang. Sementara itu, menghulurkanlah sumbangan dan bantuan anda kepada mereka yang memerlukan bantuan anda. Kerja-kerja amal akan sentiasa diberkati Tuhan agama masing-masing.
Wajib perlu ditekankan di sini bahawa semua ini adalah masalah pentadbiran yang kurang sensistif dan bijaksana. Ia jelas diperlihatkan bahawa kejadian malang turut memdapati perhatian dan simpati daripada President Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh yang prihatin tentang masyarakat Malaysia.
Apakah pendapar saudara/i, sila berikan komen anda dalam apa sudut pun dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment