Perbincangan Masalah Korupsi
Terlebih dahulu wajib bagi saya menjelaskan bahawa saya bukan seorang peguam atau pakar perundangan. Matlamat utama karangan ini hanya bertindak sebagai bahan perbincang dalam blog Mai! Bincang-bincang; oleh kerana itu saya hanya melihat perkara ini dari sudut orang awam semata-mata.
Sepertimana yang termaktub dalam Akta ini, Badan Pencagah Rasuah merupakan badan khas yang bertanggungjawab dalam medan memerangi rausah. Sungguhpun sedemikian, laporan kejadian rasuah boleh dilakukan samada kepada pihak polis ataupun pejabat BPR.
Pada pengetahuan saya Akta 575 ini telah luluskan dan guna pakai ata daya-usaha Pemangku Perdana Menteri pada ketika itu. Menurut sebutan bekas Pemangku Perdana Menteri walaupun beliau berhadapan dengan sedikit-sebanyak rintangan bagi merealisasikan Akta ini bagi menggantikan Akta Badan Pencegah Rasuah 1982.
Pada tahun berikutnya, 1998 telah berlaku satu konspirasi politik yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia, lalu beliau telah terkorban dalam konspirasi tersebut kerana ketegasannya enggan bersekongkor mempertahankan kepentingan rakyat.
Minggu ini selepas 8 tahun berlalu, pihak kerajaan telah jelas mengakui bahawa pihak pendakwaraya tidak mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskan pembicaraan, walaupun penarikan Pendakwaraya dibantah oleh dituduh (aneh sedikit kerana orang dituduh yang membantah) bertekad mahu meneruskan pembelaannya.
Berkisar dengan indek yang diumumkan oleh Transparency International, Malaysia tleh menjunam dari tangga 39 ke 44 tahun ini. Dalam perbahasan Parlimen, seorang Menteri berhujah pembentukan buday rasuah bukan terjadi secara spontan. Sebaliknya, budaya rasuah dibentuk dalam suatu masa yang lama sebelum kepimpinan Perdana Menteri kini.
Oleh kerana ketelusan kerajaan sekarang, lebih banyak kes telah diketengahkan pada hari ini walaupun ia berlaku banyak tahun yang lalu. Maka, kerajaan kini seolah-olah dinampakan sebagai kurang bersih. Menurut Menteri tersebut, ini adalah satu process pembersihan.
Saya memang teramat setuju dengan penjelasan itu, kerana suatu budaya kadang-kala memerlukan masa puluhan tahun untuk dibentuk. Sebaliknya, jikalau kita mengharapkan perubahan daripada budaya jahat kepada budaya baik juga memperlukan jangka masa panjang untuk mengubah sikap masyarakat.
Pada awal bulan ini, Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi Encik Ezam Mohd Nor telah membuat satu laporan polis di Balai Campbell. Menurut Encik Ezam, beliau telah melampirkan 17 helaian surat sokongan atas laporan polisnya. Maklumat lanjut boleh merujuk kepada laman web Gerak di http://www.gerakmalaysia.org
Dengan merujuk kepada peruntukan Akta, nampaknya Encik Ezam cuba menunaikan tanggungjawab dengan membuat laporan polis, dan kini ia tertakluk kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang profesional.
Topik perbincangan yang cuba saya bawa di sini adalah:
Sejauhmanakah dakwaan Encik Ezam itu tepat dimana terdapat banyak persoalan yang memerlukan siasatan yang melibatkan bekas dan Perdana Menteri kini?
Sejauhmanakan saudara/i budiman yakin laporan ini akan siasat dengan adil dan terbuka?
Sepertimana yang tersebut dalam Seksyen 17 Akta, kenapa tidak ada orang dalam kerajaan yang membuat laporan secara pro-aktif sekiranya adalah pra-sangka yang perlukan siasatan?
Kenapa pihak dituduh sendiri tidak meminta untuk disiasat agar namanya dapat dibersihkan?
Seandainya kita perlukan masa 10 tahun untuk bentuk budaya rasuah, setujukah anda kita juga perlukan masa 10 tahun untuk membentuk satu budaya yang bersih?
Sejauhmanakah kita boleh menerima alasan bahawa ini kes berlaku dahulu (tidak sekarang) kerana MUNGKIN kes baru jika ada perlu tunggu masa beberapa tahun untuk dibongkarkan?
Memandangkan majoriti anggota Kabinet kini adalah sama dengan yang dahulu, munasabahkah anggota Kabinet yang menjangkau dua zaman Perdana Menteri boleh terlepas daripada tanggungjawab?
Sekali lagi, saya dengan besar hati menjemput saudara/i berikan komen atau pandangan anda secara terbuka, walaupun ada yang barangakli berlainan pandangan dengan saya.
No comments:
Post a Comment