Rakyat Malaysia Prihatin & Masyarakat Harmoni
Pada minggu ini, ramai pemerhati politik dan dada media cetak giat memuatkan laporan Mesyuarat Agong Tahunan sebuah parti politik pemerintah.
Di anataranya, ada pemimpin yang menggiatkan diri untuk mengaut publicity murah melalui kenyataan-kenyataan dan ucap-ucapan yang boleh merangsang denyutan nadi ramai pendengar di bawah pentas.
Dalam mesyuarat itu, ada yang menyeru kerajaan dan ahli-ahlinya bertindak keras. Selanjutnya, ada orang menawar diri untuk melakukan sesuatu tindakan yang luar biasa, sekiranya mereka terus rasakan mereka tercabar / belakang dalam persaingan (mungkin ia tidak sesuai untuk saya buat petikan ucapan yang sebenar di sini).
Begitu juga ada kenyataan daripada parti komponen pemerintah menyatakan kebimbangan mereka ke atas ucapan berapi-api bermaksud hasutan. Sekiranya ia benar, maka sebagai seorang rakyat Malaysia biasa pun kita sedar akan kepentingan untuk memelihara keharmonian sesebuah masyarakat adalah tanggungjawab seganap lapisan, tanpa mengira pangkat ,kedudukan, kaya-miskin dan lebih-lebih lagi merka yang mengelar diri sebagai pemimpin.
Namun sedemikian, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan sambil disaksikan oleh mata saya sendiri, selain daripada kepanasan dalam dewan mesyuarat; mujurlah masih ada ramai pemimpin rakyat Malaysia sanggup melakukan kerja-kerja amal untuk mengumbang kepada kebajikan dan perpaduan masyarakat, khasnya warga emas yang kurang berada.
Pada 11/11/06 Taman Berkeley, Klang telah diadakan satu majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas yang miskin sempena meraikan Hari Raya Puasa oleh beberapa orang pemimpin Melayu tempatan. Saya dimaklukan majlis umpama ini merupakan upacara tahunan setempat. Tahun ini melebihi 100 warga emas menerima sumbangan saguhati termasuk makanan dan sedikit wang 'ang pau".
Warga emas yang menerima sumbangan tahun ini kebanyakannya terdiri daripada orang Cina, walaupun terdapat juga orang Melayu dan India. Objektif utama majlis seumpama ini adalah untuk membolehkan semua ahli masyarakat berpeluang merasai suasana perayaan walaupun penyumbang adalah daripada orang Islam.
Penerangan: Encik Khalid Samad [Ketua Pas Kawasan Shah Alam] dan Encik Ezam Mohd Nor [Ketua Bahagian Saha Alam, Parti Keadilan Rakyat] menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Taman Berkeley, Klang.
Saya memetik program ini kerana ia adalah satu-satunya teladan yang bagus wajar semua pemimpin masyarakat dan politik mencontohi kerana ia menjangkaui batasan agama dan keturunan. Ia amat sesuai untuk masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Semoga akhirnya, ia boleh mengharumkan nama baik negara bukan saja di rantau ini, malahan di dunia ini suatu hari nanti.
Daripada sini, saya tetap berkeyakinan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang peling baik didiami di dunia ini. Inilah kelebihan masyarakat Malaysia yang terunik di dunia ini.
No comments:
Post a Comment