Keuzuran Semangat Rukunegara
Sejak dibangku sekolah rendah kita sudah diajar, dididik dan dibimbing untuk menglafazkan Rukunegara. Kelima-lima principnya:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan.
Pagi tadi terbaca berita Tranparency International telah menjatuhkan kedudukan negara dari tangga 39 ke 44 tahun ini.
Saya sebenarnya akui tidak faham bagaimana keputusan itu dirumuskan. Sebentar tadi terbaca pula aduan En. Mohd Tahir di mana Badan Pencegahan Rasuah tidak menjalankan siasatan ke atas laporannya dibuat pada 23 September 2006.
Pada kefahaman saya, ini adalah satu perkara ajaib kerana serentak kerajaan lantang menyeru rakyat berikan kerjasama, berikan maklumat rasuah kepada BPR agar siasatan dalam dijalankan.
Nampaknya, ada sedikit jurang perbezaan di antara tindakan dan seruan semata-mata.
Sebenarnya saya lebih simpati terhadap orang yang diadu, lebih-lebih lagi melibatkan orang kenamaan besar di dalam kerajaan Persekutuan. Ini kerana pada hemat saya, selagi siasatan itu tidak dijalankan, maka selagi itu orang diadu itu tidak berpeluang untukmembersihkan namanya, konon laporan itu tidak sahih.
Lebih daripada itu, seandainya ada orang membuat fitnah / laporan palsu, hanya menerusi siasat terbuka pasti akan lebih menguntungkan orang diadu mengambil tindakan mahkamah civil demi minta pampasan.
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang adalah princip ke 3 dan 4 dalam Rukunegara. Saya bukan seorang peguam, cuma saya tahu terwujudnya satu Akta Pencegahan Rasuah yang sibuk dibincangkan kebelakangan ini. Perkara 17 menyatakan mana-mana penjawat awam yang tidak melaporkan kegiatan rasuah selagi ia dalam pengetahuannya adalah satu kesalahan.
Kini, biar kita balik kepada persoalan asal:
a. Kenapakah laporan En. Mohd Tahir tidak dijalankan?
b. Sekiranya ia bukan tidak ada siasatan, bilakah BPR bermasa untuk bertindak?
c. Kenapakah pihak dituduh tidak berhasrat untuk membersihkan namanya yang dituduh?
d. Kenapakah adanya Akta tetapi kita kurang tekad untuk menguatkuasanya?
e. Adakah ini sebab utama mengakibatkan kedudukan negara kita turus terjunam?
Kesimpulan daripada situ, saya merasakan sedikit sedih dimana Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang sudah tidak dipelihara oleh pihak pemimpin-pempimpin negara.
Andaikata, saya menghafal Rukunegara lebih dari 30 tahun hanya sebagai sebutan mulut sahaja.
Mailah beramai-ramai kita berkongsi pendapat tentang perkara ini.
No comments:
Post a Comment