
Selepas menghadiri satu Majlis Rumah Terbuka meraikan Hari Raya Puasa Aidil Fitri di Blok 1, Worldwide Business Center (belakang Tesco, Shah Alam), saya terlihat sebuah mesin bayaran letak kereta diurus oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dibina bawah sepohon pokok besar. Nescaya, papan solar pasti tidak mendapat pancaran matahari atas teduhan pokok.
Saya tidak pasti dalam keadaan sedemikian, solar system boleh beroperasi sempurna mampu menjana kuasa yang mencukupi membekalkan kuasa letrik kepada masin berkanaan atau tidak.
Kesimpulannya, perancangan yang rapi perlu disampingi dengan pemantauan keadaan setempat yang berbeza-beza. Inilah satu kelemahan ketara kerajaan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar Selangor ketika mengulas kejadian banjir kilat di Bandaraya Shah Alam setiap kali hujan. Beliau mengutarakan ada pihak yang lembab bertindak walaupun telah berulang kali berlaku banjir kilat, tindakan susuran ke atas pemaju yang tidak mematuhi peraturan tidak dilaksanakan dalam kadar segera.


Siapa yang perlu bertanggungjawab? Sila berikan pendapat anda.
No comments:
Post a Comment